Ucapan Wan Emir Untuk Sambutan Hari Jadi Mira Filzah Yang Pertama Setelah Bergelar Suami Isteri Buat Ramai Suka

Bahagia melayari bahtera rumah tangga, pelakon Mira Filzah tetap aktif dalam dunia seni biarpun sudah bergelar seorang isteri kepada Wan Emir Astar.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Pada 2 April 2021, suami beliau iaitu Emir telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya bersempena dengan ulangtahun kelahiran Mira yang ke-28.

Melalui caption, Emir menulis ucapan indah buat isterinya itu:-

Ya Rabb, on this birthday of my beloved wife, bless and grace her Nur Amirah Filzah – Your humble servant of the grateful heart & kindest soul. Shower her with Your mercy, care for her and guide her in each breathe & every step that she takes, today and fo٢eve٨more. Aamin amin YRA. 💛🌌

Sambutan hari jadi Mira adalah yang pertama sejak pasangan ini bergelar suami isteri.

Semoga kebahagiaan mereka di alam rumah tangga berkekalan selamanya.

Happy birthday Mira Filzah!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! MB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Bawang

Sumber: HOTFM

Terdahulu pelakon Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik saja selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir, 30, ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses ukiran nota pendek.

Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) gara-gara penularan Covid-19 itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan petugas media.

Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta, pasangan pengantin memakai busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah.

Mira dan Emir mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis pernikahan Mira dan Emir turut disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada pukul 9 malam selama 10 minit selain di saluran YouTube TV3, mulai pukul 8.30 malam.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarga mereka di Bangi.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Mira bersama ibu, Faizatul Akmar Hisan dan bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Pasangan merpati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Emir ialah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sumber : Mstar