Kisah tak terima payment dari PKP lepas sampai ke PKP Baru, Penulis Teater Desak Ogy Ahmad Daud Langsai Hvtang

Sebelum ini penerbit yang juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy Daud pernah didesak untuk melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan SemandungWalau bagaimanapun, pelakon itu akui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini.

Terbaru, seorang penulis skrip teater tersebut tampil memaklumkan bahawa sehingga sekarang bayaran tersebut masih belum diselesaikan oleh pihak produksi Ogy Ventures & Network.

Masih belum selesai bayaran

Menurut penulis tersebut, bayaran bagi penulisan skrip yang dilakukan olehnya masih belum diselesaikan walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar Mei tahun lalu, Ogy didesak untuk melunaskan bayaran oleh beberapa krew dan artis terlibat dengan pementasan teater tersebut antaranya Khir Rahman dan Syura Badron

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib penulis ini. Malah, pelakon Adibah Noor sendiri komen di tweet tersebut dengan icon kecewa.

Respon Adibah Noor

Tak kurang juga yang meminta agar pihak seniman tampil membantu artis-artis teraniaya ini. Terdahulu, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat yang juga pelakon teater itu pernah membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras berhubung isu ini. Menurutnya, pihaknya berasa tertipu dengan janji manis Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Ramai simpati

Pementasan teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac tahun lalu.

Sumber : Aloy