Dulu kes orang datang rembat televisyen. Kali ini lain pula yang orang ambil dan ini Bos Mydin tampil dedahkan buat ramai yang setuju.

Penularan wabak COVID 19 telah membawa kesan buruk kepada ekonomi negara kita. Ramai yang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa berlapar kerana tidak mampu membeli barang keperluan harian. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin mendedahkan bahawa kes kecurian di pasar raya Mydin juga meningkat sejak akhir-akhir ini.

Kalau dulu, pengunjung di pasar raya itu pernah ditangkap kerana mencuri barang-barang berharga seperti televisyen dan pembesar suara, namun kini lain pula ceritanya. Kata Ameer, amat menyedihkan baginya apabila mendapat tahu ramai yang terlibat dalam kes mencuri bahan makanan seperti ikan dan sayur. Perkara tersebut juga secara tidak langsung melibatkan perniagaannya.

Kecvrian di pasar raya besar seperti Mydin meningkat, tapi mereka bukan mencvri barang bernilai tinggi. Dulu-dulu orang datang dan cvri TV, pembesar suara, untuk dijual. Sekarang mereka cvri ikan kembung, mereka cvri sayur. Ia sangat menyedihkan,” katanya.

Beliau yang juga presiden Persatuan Peruncit Bumiputera berkata, penjualan mi segera di pasar raya besarnya melonjak tinggi sewaktu musim pandemik ini melanda.

“Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang tak mampu benda lain. Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut. Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya lagi dalam satu sidang media anjuran Industries Unite (IU). MKN dapat selamatkan kita daripada virus, tapi apalah gunanya jika orang m4t1 kebuluran?”

Menerusi sidang media itu juga, David Gurupatham pengasas bersama IU, menegaskan yang kerajaan kini memerlukan strategi dan naratif baru berbanding perintah berkurung (lockdown) yang tak berkesudahan dan hanya menyalahkan pihak kilang atas penularan wabak. Ia haruslah berkisar tentang memastikan rakyat tidak menderita kerana hilang pendapatan dalam tempoh masa yang lama akibat penutupan sektor, dan hal ini dapat dilihat menerusi kempen ‘bendera putih’. MKN (Majlis Keselamatan Negara) mungkin dapat selamatkan kita daripada virus (dengan sekatan pergerakan), tapi apalah gunanya jika orang akan m4t1 kebuluran?” katanya.