Individu ini dengan berani menyammar jadi p0lis, Siap Upload Video ‘Rondaan’ Di Tiktok Lagi!

Kalau sebelum ini, seorang remaja  berusia 19 tahun pernah menyammar sebagai polis kerana terlalu fanatik dengan seragam polis. Malah, remaja tersebut juga sanggup membeli semua barangan polis secara atas talian semata-mata ingin menampakkan dirinya seperti polis sebenar.

Terbaru, seorang lagi individu berjaya dithan selepas menyammar menjadi polis serta membuat rondaan kawasan perumahan di Kajang. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, lelaki berusia pertengahan 40-an itu dithan dipercayai seorang Yang Dipertua sebuah pertubuhan.

Menyammar jadi polis

Tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Ia susulan tvlar beberapa gambar dan rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan beberapa individu menjalankan tugas rondaan menggunakan identiti menyerupai pegawai polis.

Menurut laporan polis, tindakan ahli pertubuhan terbabit yang dikatakan bertindak sendirian tanpa seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Suspek adalah individu yang dilihat dalam gambar dan rakaman video yang viral di media sosial.

Hasil tangkapan itu, kita turut merampas pakaian seragam pertubuhan yang digunakan. Lelaki itu kini direman sehingga esok dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 89(c) Akta Polis, Seksyen 25 Akta Kesallahan Kecil dan Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga.

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan individu terbabit yang sanggup menghabiskan waktu membuat rondaan. Ada yang berpendapat individu terbabit mungkin mempunyai massalah kesihatan.

Respon netizen

Buat masa ini, pihak polis sedang mengesan ahli pertubuhan itu untuk membantu siasatan polis. Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung gambar dan video yang tvlar itu supaya berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norazwan di talian 013-3928357.

Sumber : Berita Harian