Pihak polis tampil buka siasatan tentang Ahli Parlimen di Kedah yang boleh pula buat macam ni. Siap elok bincangkan program ini pula.

Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dalam gambar yang tular di media sosial, Ahli Parlimen terbabit yang juga bekas timbalan menteri dilihat duduk bersila di atas meja sambil minum teh serta bersembang bersama beberapa individu secara terbuka dalam satu program bantuan. Berikutan itu, orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen berkenaan sedangkan negeri itu masih berada dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sumber : Metro online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak bila bapa B40 menangis teresak esak di radio gara gara tak mampu nak bagi pendidikan terbaik untuk 5 orang anak.

“SAYA memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan.” Demikian luah seorang bapa sambil menangis teresak-esak ketika berkongsi kesusahan hidupnya dengan stesen radio Suria.fm pada Isnin pagi.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Hamdan itu meluahkan pandangannya mengenai topik ‘Murid Tak Join Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh digntung sekolah’.

Dalam nada sebak, lelaki itu bercerita mengenai kesukaran yang dialami keluarganya sehingga dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anaknya ketika ini.

Menurut pemanggil tersebut, dia hanya merupakan seorang pekerja yang berpendapatan rendah, justeru adalah mustahil untuknya menyediakan keperluan seperti gajet untuk setiap anak-anaknya agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi mengajar mereka di rumah.

Ajak dan Issey turut tersntuh ketika mendengar kisah pemanggil berkenaan. “Saya bukan orang senang, saya orang susah… jadi keperluan untuk alam maya ni kurang… saya kerja biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

“Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang… semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemampuan, ada yang tak berkemampuan,” ujarnya. Lebih menyntuh hati, lelaki itu meluahkan betapa dia sedih dan terkilan kerana tidak mampu memberi yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya.

“Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar saya tak pandai. Saya tak boleh pksa diaorang. Kita suruh diaorang belajar, tapi bila mereka tanya balik (berkaitan pelajaran), kita tak dapat jawab. “Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih… saya tak boleh nak cakap apa lagi.

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40,” katanya sambil menang1s dalam perbualan tersebut. Kisah lelaki tersebut turut dikongsikan di akaun

Instagram Suria.fm serta tular di beberapa platform media sosial yang lain, sekali gus mengundang sebak warganetyang seakan-akan dapat menyelami situasi yang dihadapi lelaki berkenaan. Selain meluahkan rasa simpati, ada warganet yang menawarkan bantuan untuk mengajar secara sukarela kepada anak-anak lelaki tersebut.

Antara komen warganet yang turut tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan. “Tolong bagi contact number pakcik ni. Saya tak dapat bantu dari segi kewangan. InsyaAllah saya boleh bantu anak-anak pakcik ni belajar.

“Betul… tak semua orang senang, kaya, duduk di bandar. Usahlah susahkan mak ayah yang kerja mencari rezeki untuk anak-anak. “Rakyat tengah susah, janganlah menyusahkan rakyat lagi,” demikian antara komen warganet.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.