Hasil Pregnancy Test Positif, Dah 9 Bulan Baru Tahu Isinya Bukan Bayi

Apabila sudah mula muntah-muntah atau kitaran haid sampai lambat daripada kebiasaan, kebanyakan isteri akan segera membuat UPT (urine pregnancy test)dengan harapan dapat melihat kemunculan 2 garisan biru petanda rahim sudah ‘berisi’. Namun keralatan juga boleh berlaku dan lebih menyedihkan, perkara itu hanya diketahui selepas beberapa tempoh yang lama.

Hamil 9 bulan ingatkan ‘berisi’ bayi, rupanya ketumbuhan dalam rahim

Amat sukar dipercayai, namun itulah kejadian luar biasa yang berlaku kepada seorang wanita ini. Daripada penceritaan semula oleh seorang doktor perubatan, bakal ibu tersebut dikatakan datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan terhadap kandungannya yang sudah sarat menanti hari. Namun sesudah melalui proses ultrasound scan, bukan imej bayi yang dilihat menerusi skrin berkenaan. Disangka membawa janin selama 9 bulan, rupanya ia adalah 3 ketul ketumbuhan yang semakin membesar di dalam rahim.

Lepas buat test hamil dulu cepat-cepat pergi buat scantakut kehamilan palsu

Mengambil pengajaran daripada kisah ini, doktor tersebut memberikan peringatan kepada wanita di luar sana agar tidak bergantung penuh terhadap keputusan di alat ujian kehamilan sahaja. Lebih baik dapatkan sendiri pemeriksaan yang rapi daripada pusat perubatan agar dapat mencegah masalah kesihatan lain. Menjengah ke ruangan komen, netizen juga sempat berkongsikan kisah mereka sendiri berdepan hal sama.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber : TikTok channamix.kapsul