Wanita yang ditahan bersama lelaki cvri kereta polis rupanya mngsa

Seorang wanita yang dithan bersama dua adik-beradik terlibat dalam kes pencvrian kereta polis kini telah pun dibebaskan dari segala tudvhan dan penglibatan.

Sebenarnya, wanita berusia 21 tahun ini hanyalah mengsa keadaan selepas dia dicvlik oleh salah seorang adik-beradik tersebut yang mencvri kereta jenis Honda Civic milik Polis Diraja Malaysia, lapor NST.

Sumber: Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor, wanita tersebut tak mempunyai apa-apa kaitan dengan kes tersebut dan dia pun bukanlah teman wanita kepada suspek.

Wanita tersebut telah pun dibebaskan sejak Isnin lalu.

Dia bukan teman wanita suspek yang ditahan bersama-sama di dalam kereta di Shah Alam seperti yang dispekulasikan oleh netizen. Malah dia telah diambil di tempat kerjanya selepas lelaki itu menyamar menjadi pegawai polis.”

ACP Noorzainy turut mengatakan yang suspek telah mencvri dua telefon bimbit dan duit kepunyaan wanita tersebut dan ugut mahu mencedrakan sekiranya wanita tersebut tak nak ikutnya ke dalam kereta polis yang dicvrinya.

Suspek dikatakan mempunyai masalah mental dan berbuat demikian kerana ingin bertemu dengan isterinya yang tinggal di Klang.

sumber : lobak merah