Identiti suami serina akhirnya didedahkan dan paling mengejvtkan dia bukan pegawai polis Perak

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan Nur Hamizah menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.

Aidid mendakwa, hubungan dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.

“Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan.

“Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

“Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.

“Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu,” katanya.

Aidid turut menjelaskan bekas isteri yang membuat tuntutan cerai.

“Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami,” katanya.

Aidid berkata, dia hanya mahu hidup bahagia dengan Serina dan dua anak tirinya.

“Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya.

“Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu.

“Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.

“Saya juga menghormati komen bapa mentua (Chef Wan). Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri.

“Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik,” katanya.

“Bukan Pegawai PoIis Perak”

Pegawai p0lis berpangkat inspektor yang dikaitkan dengan isu kontr0versi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan, tidak bertugas di Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat P0Iis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) kontinjen itu.

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.

“Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Pencegahan Jen4yah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, dalam situasi itu, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua dari jabatan.

Namun katanya, beliau difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada siasatan (bentuk hukuman).

Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terbabit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.

Dakwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu di mana dia pula diceraikan lelaki itu pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu.

Ini kerana mendakwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Jumaat lalu, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahannya.

Reaksi Chef Wan atau nama sebenar, Datuk Redzuawan Ismail yang mendakwa patah hati atas pernikahan anaknya ketika menantu masih suami orang, menghangatkan lagi kontroversi perkahwinan Serina.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

Sumber : kecohape

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: