Selepas ketiadaan bidadari syurga Shuib. Kini Shuib akui ini pula cabarannya untuk beritahu 3 anaknya yang lain tentang apa yang berlaku.

Kehilangan Siti Sarah Raissuddin sememangnya sangat dirasai oleh rakan artis dan juga kenalan rapat allhyrh4m. Paling terasa sudah tentu suaminya Shuib Sepahtu yang kehilangan sosok isteri yang sangat dicintainya. Dalam laporan dari Berita Harian, Shuib 37 memaklumkan yang mereka sempat membuat panggilan video buat terakhir ketika 4rwh isterinya, Siti Sarah Raissuddin, 36, sedang nz4k di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Lihat air mata isteri berjujuran

Menurut Shuib lagi, tiga anaknya, Shuib berkata, dia dan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dapat melihat air mata berjuraian di pipi arwah ibu mereka ketika membuat panggilan video. “Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah 4rwh ketika masih bernyawa. Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya.” ujarnya.

Pergi hospital lepas anak2 tidur

Tambah pelawak itu lagi, dia sempat bergegas ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan yassin bagi mengetahui keadaan isteri, namun dia tidak dibenarkan masuk. Saya sempat ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi. Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu 4rwh. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, usahawan tersebut reda dengan pemergian isteri. Cuma, apa yang lebih memberatkan adalah bagaimana cara untuk memberitahu anak-anak yang masih kecil. “Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan 4rwh ibunya,” katanya.

Akan diuruskan bersebelahan pusara ibunya

Shuib memaklumkan yang jnz4h akan diuruskan bersebelahan pusara ibu Sarah di Gombak kira-kira jam 12 tengahari nanti kerana mereka pernah berbual soal kehilangan suatu ketika dahulu dan hajat tersebut pernah disampaikan kepadanya.

“Jnz4h 4rwh akan diuruskan bersebelahan pus4ra 4rwh ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 12 tengah hari ini. 4rwh memang minta diuruskan di sebelah pus4ra 4rwh ibunya. Jika berbual soal kehilangan, 4rwh ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah pus4ra 4rwh ibunya,” katanya.

Hadiahkan anak keempat

Menerusi sumber lagi, Shuib dilihat tenang dan berjanji akan menjaga empat orang cahaya mata mereka dengan sebaiknya walaupun anak bongsu mereka yang baru sahaja berusia 3 hari tidak dapat menatap wajah ibu tersayang. Kelihatan tenang ketika ditemui, Shuib berkata, dia berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan 4rwh dengan baik.

“4rwh menghadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang lahir pada Jumaat lalu. 4rwh bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Nyata, Allah lebih menyayanginya. Nama Ayash Affan itu sendiri menjadi pilihan 4rwh kerana menurut pembacaannya, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Wilayah Gz4,” jelasnya.

 

Sumber: Berita Harian

Tular rakaman pelukan Siti Sarah dan anak anaknya undang sayu. Tak sangka ianya merupakan pelukan terakhir mereka.

Video pelukan terakhir Allhyrh4m Siti Sarah Raissuddin dengan tiga anaknya yang dimuat naik di Instagram penyanyi itu pada 4 Ogos lalu, kini tular di media sosial. Video berdurasi 52 saat yang menunjukkan Siti Sarah yang berkerusi roda dan memakai alat bantuan pernafasan berpelukan dengan anak-anaknya dengan wajah Allahyarham yang sayu. Difahamkan, video berkenaan diambil ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital selepas tahap oksigennya menurun pada 4 Ogos lalu.

Di Tik Tok, menerusi perkongsian video itu dengan keterangan ditulis, ‘Tak sangka ini pelukan terakhir anak-anak dia’ berserta dua emoji tangisan yang dimuat naik pemilik akaun @cikmirr kini tular dan mendapat pelbagai komen memilukan daripada warganet. Tinjauan Harian Metro di Instagram Allhyrh4m mendapati video itu mendapat lebih lebih 3.3 juta tontonan dan hampir 10,000 komen yang rata-ratanya menulis komen duka dan mendoakan keluarga Allhyrh4m tabah.

Video :

https://www.instagram.com/p/CSLUTT3B6ve/?utm_source=ig_web_copy_link

Siti Sarah disahkan telah pergi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini. Sebelum itu, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum operasi dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan 4rwh selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang. Terdahulu, Siti Sarah bersama suami, Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6. Sumber : hmetro

Siti Sarah belum stabil daripada sakit Covid 19. Ini keadaan bayi dalam kandungannya.

“Siti Sarah masih belum stabil”. Pelawak Shuib berkongsikan keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini semalam gara-gara tahap oksigen yang semakin menurun.

Menerusi hantaran di laman instagram, Shuib berkongsikan tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi tersebut. ” Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat okay. Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran Instagram story ada memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka. Rindu anak-anak ibu. Ya allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” Katanya.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam. Namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans. Oksigen menurun, doakan Siti Sarah dan kandungan selamat.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah dibawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini.” katanya kepada harian metro.

Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaru di instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan. “Saya mohon doakan isteri saya. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah maha segalanya,” katanya. Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak positif Covid 19

Pasangan selebriti popular, Siti Sarah dan suaminya Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata disahkan positif Covid 19 semalam. Berita duka itu dimaklumkan penyanyi lagu semakin itu menerusi laman instagram, tengahari ini.

Siti Sarah dan keluarganya menjalani ujian saringan Covid 19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti pandemik berkenaan pada Ahad lalu. “Dukacita dimaklumkan kami sekeluarga positif Covid 19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini. Kami serahkan semuanya kepada Allah,” Tulisnya.

Siti Sarah yang kini sedang hamil 7 bulan tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap bayi dalam kandungannya. ” Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

” Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG. untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman iG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya. Sumber : My Sumber

Disebabkan tahap oksigen yang semakin menurun. Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dibawa dengan ambulan sekitar pukul 6.30 petang semalam (Rabu) bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Sementara itu, suaminya Shuib turut memohon agar semua pihak turut mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan dijauhkan daripada segala masalah.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”,tulis Shuib menerusi satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium  anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Video :

https://www.instagram.com/p/CSJ8Db-B7qx/?utm_source=ig_web_copy_link

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus mavt tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber – K! ONLINE.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.