Kecoh berita soal Caprice dan Ebit Lew. Sekali PDRM tampil keluarkan kenyataan ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan tidak menerima sebarang laporan polis dan tiada kertas siasatan dibuka berhubung isu melibatkan penyanyi rap Caprice dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Pengarah Jabatan Siasatan Jny4h (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sejak beberapa hari lalu pihaknya mengesan isu hangat di media sosial mengenai tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang mempersoalkan tindakan Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

“Setakat ini didapati tiada laporan diterima dan tiada kertas siasatan yang dibuka mengenai perkara ini namun orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur ftn4h atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan satu kesalahan. Tindakan menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Kesks44n iaitu ftnah dan Seksyen 504 Kanun Kesks44n kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Jalil, siasatan juga boleh dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Justeru itu, orang ramai dinasihati agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika mendapati wujud pelanggaran undang-undang sebagaimana yang dinyatakan,” tegas beliau.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Caprice Datang Untuk Menyerah

PETALING JAYA – Konflik Caprice-Ebit Lew memasuki episod baharu apabila pemilik nama sebenar, Ariz Ramli itu melakukan permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram miliknya.

Barangkali mengambil keberkatan Hari Arafah dan AidilAdha, Caprice, 33, memohon kemaafan bukan hanya daripada Ebit Lew bahkan beberapa individu lain termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Salam @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein dan Ebit Lew, saya mohon minta maaf atas kesilapan. Kita terlalu emosi tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada @hishammuddinhussein, Kedutaan Malaysia di Mesir dan kerajaan Mesir atas kemudahan, sokongan dan perlindungan serta keselamatan 24 jam selama saya berada di Mesir,” katanya.

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Instagram Caprice.

Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada Azeez yang membawanya menyertai misi kemanusiaan di Palestin di menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang dinaungi ahli politik berkenaan.

“Saya nak ucapkan terima kasih juga kepada @azeezrahim yang tiba-tiba menjadi seorang ayah kepada saya selama kita kenal.

“Saya tidak mampu membalas kasih sayang dan sokongan yang telah anda tunjukkan sepanjang misi ini,” katanya dalam satu hantaran panjang lebar dalam Instagram.

Pelantun lagu Lenglui itu turut mengambil kesempatan memohon maaf daripada orang tuanya yang semestinya resah dan risau akan keselamatannya.

“Akhir sekali, saya minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan kalian risau tentang keselamatan saya.

“Saya sayang kalian dan memang menjadi niat saya sejak saya memutuskan untuk hidup dengan cara saya bermula usia 16 tahun adalah tidak lain hanya untuk membuatkan anda bangga,” luahnya.

“Minta maaf Malaysia dan rakyat Malaysia. Insya-Allah, saya akan kembali selepas saya habis dan lunaskan beberapa janji yang telah saya tabur kepada rakyat Palestin,” katanya.

Terdahulu, nama Caprice menjadi bualan rakyat Malaysia apabila mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berjaya masuk ke Gaza, Palestin telah memburukkan imej negara di bumi ambia tersebut.

Menurut Caprice, penduduk di Gaza tidak suka sekiranya gambar mereka diambil ketika menghulurkan bantuan dan itu telah dilakukan Ebit dan pasukannya.

Ironi, Caprice berkata, isu Ebit hanya sebahagian kecil dari pembongkaran sebenar yang dia bakal dilakukan pada 21 Julai ini secara langsung. – K! ONLINE