Sebak bila tengok pemain JDT Syafiq Ahmad cium jnazah anaknya buat kali terakhir

Penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad mencium jena,zah anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai dika.pankan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang, petang ini.

Terdahulu, Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kema.langan yang berlaku di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi.

Dua lagi yang ma.ut dalam na.has itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

FAM ucap tak.ziah kepada Syafiq Ahmad

Penyerang JDT Syafiq Ahmad kemalangan, anaknya bayi 22 hari maut, isteri cedera parah

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan salam tak.ziah salam kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad, 25 yang kehilangan anak lelaki serta ibu mentuanya setelah kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam na.has di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Dalam na.has berkenaan, anak lelaki Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, yang baru dilahirkan 14 November 2020 lalu serta ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti dipercayai berusia sekitar 30-an mening.gal dunia di tempat kejadian.

Dalam kejadian berkenaan, isteri Syafiq, Nor Amalina Norain, 25, turut mengalami kece.deraan pa.rah dan difahamkan beliau berada di zon merah Hospital Seberang Jaya setelah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap pagi tadi.

Sementara itu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar kemalangan melibatkan Syafiq Ahmad.

Sumber: Bernama via Siakap Keli / Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.