Covid 19 di Selangor gagal diuruskan secara berkesan. Tak boleh berdiam sekali ini respon Najib Razak. Terkejut bila tiba tiba Najib cakap pasal dosa.

Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa berdoosa membiarkan rakyat yang sakit berada dalam kesusahan sehingga terpaksa menunggu sepuluh jam bagi mendapatkan perhatian.

Najib meluahkan rasa bimbang berhubung pengurusan kes covid-19 di Selangor yang gagal diurus secara berkesan.“Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang sakit, tahu?

“Berdosa ‘korang’ biarkan orang yang sudah sakit untuk beratur sepuluh jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian. “Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi pusat penilaian covid-19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.

“Jika kita boleh buat banyak mega PPV (pusat penerimaan vaksin), takde sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pasukan perubatan kecemasan Sabah dikerahkan ke CAC di Stadium Melawati, Shah Alam dan Dewan Sri Andalas di Klang untuk merawat keadaan pesakit covid-19 yang teruk sementara menunggu kemasukan mereka ke hospital.

Ini berlaku setelah keadaan beberapa pesakit di CAC Stadium Melawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital. Pasukan Respons dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) yang menyediakan sukarelawan di kedua-dua CAC berkenaan berkata, mereka hanya boleh memberikan bantuan oksigen untuk pesakit terbabit.

Ketua penyelaras Imaret, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, seramai 20 hingga 40 pesakit tersekat di Stadium CAC Melawati minggu lalu, sesetengahnya sehingga larut malam. “CAC dikendalikan oleh doktor dan pegawai perubatan dari klinik kesihatan. Kita perlu memulakan pasukan kecemasan di CAC,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi

Dalam pada itu, Najib berkata isu kesesakan di CAC pernah diutarakannya sebelum ini dengan memberi cadangan penyelesaian. “Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka?  “Ibu dengan anak, warga emas. Semua sedang sakit. Ada yang tenat. Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit covid,” katanya lagi.

Peningkatan kes di Selangor menyebabkan Pusat Penilaian covid-19 di Stadium Malawati terus dikunjungi orang ramai dalam mendapatkan penilaian kesihatan. CAC Stadium Malawati tersebut mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dengan mampu menampung sehingga 1,500 pes4kit.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai didapati telah menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 6 pagi walaupun CAC itu dibuka pukul 9 pagi. Hasil tinjauan juga mendapati pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, pekerja kilang malah ada yang kelihatan uzur ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Seorang ‘pengunjung’ CAC mahu dikenali Azman memberitahu, dia hadir ke CAC itu pukul 12.30 tengah hari tadi dalam mengetahui status kesihatannya. “Ramai suka datang sini sebab CAC besar walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah Jabatan kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam menambah baik kemudahan CAC tersebut.

“Kalau CAC, ramai hanya ingat Stadium Malawati walaupun di setiap daerah ada CAC sendiri. “Prosesnya sama itu memberikan dan memotong gelang (pink) dan penilaian lain termasuk keperluan butiran. Kalau pergi CAC lain silap-silap jangka masanya lebih pendek,” jelasnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular gambar Azmin buat lawatan ketika di Turki. Tapi apa yang local guides tulis ni tarik perhatian Najib.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali melawat bangunan ikonik Hagia Sophia ketika berada di Turki. Menteri kanan itu berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan minggu lalu mengunjungi Austria serta bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Margarete Schramböck.

Ketika di Austria juga Azmin berkesempatan mengunjungi sebuah syarikat semikonduktor di Loeben. Turkey Local Guides, yang menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong, hari ini menyiarkan di Instagramnya foto Azmin di Hagia Sophia, sebuah tempat bersejarah dan pelancongan yang terkenal di Istanbul, Turki.

“Dengan senang hati memandu lawatan Mr Muhammed (sic) Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia). Dia bersedia dan sabar untuk mendengar (mengenai) kisah sejarah Hagia Sophia,” katanya.

Akaun instagram itu pada awalnya berkata ia menjadi pemandu pelancong untuk Azmin dan “keluarganya”. Pun begitu, perkataan “keluarga” itu kemudian dikeluarkan. Untuk rekod, Bangunan Hagia Sophia – atau Ayasofia – itu asalnya dibina empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.

Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Turki menjadikannya muzium pada 1934 dan lebih 50 tahun kemudian Hagia Sophia itu diiktiraf Unesco sebagai sebahagian daripada Kawasan Bersejarah Tapak Warisan Dunia Istanbul.

Pada 11 Julai tahun lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sofia akan kembali menjadi masjid selepas mahkamah tertinggi negara itu memutuskan status terdahulunya sebagai muzium tidak sah.

Dalam pada itu Njaib Razak menyindir menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut kerana penggunaan panggilan “Mrs” yang biasanya di gunakan untuk wanita. Sayang sekali. “Kali terakhir saya di Istanbul tahun 2017. “Tiba lewat malam. “Keesokannya saya dan pemimpin negara-negara Islam adakan sidang kemuncak OIC.

“Saya bawakan suara Malaysia berhubung dengan isu Baitulmuqaddis. “Sehari penuh saya meeting sampai lewat malam. “Kemudian ke Bahrain atas jemputan PM Bahrain YM Putera Khalifa dan mengadap Raja Bahrain.

“Sayang sekali. “Tak sempat ke Hagia Sophia. “Min, cantik ke tempat ni? “Ambil gambar share lah dengan kita ye. “Tak ada peluang sampai nak buat macam mana kan? “Dapat tengok gambar pun happy dah.

“Bahagian “Mrs Muhd Azmin and his famly” dah buang. Kenapa buang?” soal Najib Sementara itu, timbul persoalan mengenai tempoh kuarantin yang akan dilalui Azmin setelah pulang dari program lawatan kerjanya itu.

Pada bulan Februari, Menteri Kesihatan Adham Baba memendekkan masa kuarantin bagi menteri yang pulang dari luar negara dari 10 hari menjadi tiga hari. Bagaimanapun, Adham berkata SOP kuarantin untuk menteri dilonggarkan tetapi mesti disertakan dengan peraturan perjalanan yang ketat.

Tempoh kuarantin bagi warganegara yang kembali dari beberapa negara dinaikkan dari 10 hari menjadi 14 hari pada bulan April kerana kebimbangan varian baru Covid-19. Sejak itu, varian Beta (Afrika Selatan) dan varian Delta (India) telah mula menyebar di negara ini.

Varian yang lebih ganas telah dituding punca peningkatan kes Covid-19 di negara ini walaupun dalam keadaan PKP. Azmin dan anggota kabinet yang lain telah diberi vaksin sepenuhnya.

Vaksin Covid-19 secara dramatik mengurangkan kemungkinan jangkitan yang teruk atau pemergian. Pun begitu, vaksin tidak menjadikan seseorang kebal sepenuhnya terhadap Covid-19.

Beberapa vaksin Covid-19 juga didakwa kurang berkesan terhadap varian Covid-19 yang baru. Pada masa ini, rakyat biasa dilarang pergi ke luar negara kerana wabak Covid-19. Namun, pengecualian dapat dibuat untuk keadaan khusus, seperti keadaan darurat dan pengajian di luar negara.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mkini, fb najib

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.