PDRM Telah Mulakan Siasatan Awal Tentang Cecair Merah Dan Apa Yang Telah Dibuat

ALOR SETAR – Tiada unsur jnayah ataupun khianaat yang boleh dikaitkan dengan kejadian pusara dengan cecair merah di Tanah Perkubran Islam Masjid Al-Irfan Derga.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor bagaimanapun berkata, sampel tanah telah diambil untuk pengesahan jabatan kimia.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ni.

Pejabat Agama Daerah Kota Setar hari ini turut memaklumkan tidak dapat mengesahkan punca kejadian yang tular dan menyerahkan perkara terbabit kepada polis untuk siasatan.

Semalam, video berdurasi 19 saat memaparkan keadaan dengan cecair warna merah menjadi tular di media sosial sehingga ramai yang datang ke lokasi itu untuk melihat kejadian berkenaan.

Sebelum ini, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar yang sudah melakukan tinjauan di lokasi kejadian semalam berkata, perkara tersebut memerlukan siasatan forensik dan meminta orang ramai berhenti membuat pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

Perkara Dalam Siasatan

“Kita tidak tidak dapat membuat sebarang pengesahan berhubung cecair berwarna merah itu dan perkara berkenaan sedang dalam siasatan.

“Orang ramai juga diminta berhenti menularkan video untuk menjaga senstiviti dan perasaan ahli keluarga individu yang sudah mengadap ilahi itu,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Irfan, Derga di sini hari ini.

Ramai Yang Datang

Orang awam, Rahmat Ahmad, 50, berkata, dia mendapat maklumat dari beberapa rakannya berhubung situasi tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, dia yang kebetulannya melalui kawasan terbabit kemudian mengambil keputusan untuk melihat sendiri kejadian tersebut dengan singgah di tempat itu.

“Ketika saya ke tempat tersebut, saya lihat dapati ada beberapa orang awam sudah melawat kawasan yang dikatakan tersebut dan mendapati ada cecair warna merah apabila mendekatinya.

Kali Pertama Melihat Kejadian

“Jadi, saya memang terkejut melihat keadaan itu dengan cecair warna merah dan tanah mendap itu memandangkan kali pertama melihat keadaan seumpama itu” katanya.

Sementara itu,Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad berkata, dia mengetahui kejadian di masjid terbabit selepas dimaklumkan beberapa kakitangan Masjid AL-Irfan.

Yahya berkata, dia yang terkejut dengan berita itu terus ke masjid berkenaan untuk memastikan dan melihat sendiri kejadian yang berlaku di tanah itu.

Beliau berkata, dia mendapati memang ada cecair warna merah seperti ditularkan dalam video, bagaimanapun tidak dapat memastikan samada ia sekadar cecair biasa ataupun tidak.

Katanya, mereka bertindak menimbus semula tempat berkenaan petang semalam selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa demi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang awam tidak menularkan video kejadian memandangkan maklumat yang tersebar belum dipastikan kesahihannya.

Sumber : SinarHarian