Maybank Tawarkan Sesuatu Kepada Pelanggannya Memang Sangat Membantu Rakyat Pada Waktu Sekarang

Menerusi satu kenyataan, Maybank memberitahu bahawa pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan masih boleh menghubungi bank untuk berbincang tentang pakej bantuan pembayaran balik yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan kewangan semasa.

Di samping itu, Maybank turut melanjutkan tempoh permohonan bantuan pembayaran balik untuk pinjaman atau pembiayaan sehingga 30 Jun tahun hadapan.

Membantu golongan terjejas

Menurut Maybank, tujuaan lanjutan tempoh permohonan bantuan pembayaran balik untuk pinjaman atau pembiayaan dilakukan adalah untuk meneruskan penyediaan bantuan kewangan kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.

Memandangkan situasi pandemik COVID-19 masih berterusan, keutamaan Maybank pada masa ini adalah untuk memastikan bahawa pelanggan yang masih menghadapi kesukaran mempunyai akses kepada bantuan pembiayaan untuk menolong mereka mengatasi cabaran ini.

Hampir 45 peratus dari permohonan yang diluluskan ini telah diberikan penangguhan pembayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan mereka. Untuk melengkapkan pakej bantuan pembayaran balik yang sedia ada, Maybank juga akan menawarkan Bantuan Pembayaran Balik Bersasar (TRA) kepada pelanggan individu B40 dan perusahaan mikro yang layak mulai hari ini hingga 30 Jun 2021.

Sehingga hari ini, Maybank juga telah memproses lebih 90,000 permohonan bantuan pembayaran balik yang diterima daripada pelanggan dan telah meluluskan semua permohonan yang layak.

Kriteria kelayakan Program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA)

Sehubungan itu, Maybank turut menjelaskan kriteria kelayakan TRA adalah sama seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021 dan Bank Negara Malaysia pada 6 November lalu.

Kriterianya adalah individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bagi perusahaan mikro dengan jumlah kelulusan pinjaman atau pembiayaan sehingga RM150,000 bagi setiap kemudahan pula perlu memenuhi salah satu kriteria iaitu perolehan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau mempunyai kurang daripada lima pekerja sepenuh masa.

Bagi memenuhi kriteria kelayakan TRA, pinjaman atau pembiayaan pelanggan juga mesti diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan. Pelanggan yang memohon TRA boleh memilih antara penangguhan ansuran bulanan selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan untuk pinjaman/pembiayaan mereka.

Selain itu, Maybank juga akan menawarkan pakej komprehensif lain kepada golongan pelanggan berkaitan. Kesemua permohonan TRA yang diluluskan akan berkuatkuasa dari 1 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.

Bagi korang yang ingin melakukan permohonan untuk kedua-dua pakej bantuan pembayaran balik dan bantuan Pembayaran Balik Bersasar (TRA) ini, korang boleh membuat permohonan menerusi empat saluran yang disediakan iaitu memohon melalui e-mel kepada weassist@maybank.com (untuk pelanggan individu) atau SMErelief@maybank.com (untuk pelanggan PKS), dengan memberikan nama, nombor Kad Pengenalan, nombor telefon dan jenis pinjaman (contoh: Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka).

CARA MEMOHON
Untuk pemohon dengan pinjaman Sewa Beli, sila nyatakan Nombor Kenderaan juga. Hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat PKS atau Pusat Kewangan Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara; hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688, dan tekan *1 untuk Bantuan Pembayaran Balik; atau memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu dan perniagaan milikan tunggal) atau Maybank2u Biz (untuk perusahaan mikro dan PKS) – tersedia bermula 5 Disember 2020.

Dokumentasi tidak diperlukan bagi kumpulan terpilih ketika hendak melakukan proses permohonan. Sebagai contoh, pelanggan M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN), mereka hanya perlu membuat pengisytiharan diri untuk permohonan bantuan pembayaran balik mereka.

Sumber: Berita Harian via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.