Dafi tidak mahu rakyat kecewa. Rela dimarahi. 

PETALING JAYA – Seperti 32.7 juta rakyat Malaysia, besar harapan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Dafi agar bapanya itu melakukan terbaik selepas diberi mandat jawatan nombor satu negara.Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, 33, berkata, sebagai anak kepada seorang Perdana Menteri, dia tidak mahu melihat rakyat berada dalam keadaan stres atau tertekan.

Ujarnya, dia lebih rela orang ramai menyalurkan rasa tidak puas hati mereka terhadap dirinya andai tidak berpuas hati dengan kepimpinan bapa tersayang.“Masa bapa jadi Timbalan Perdana Menteri pun, orang sudah mula salurkan tidak puas hati kepada saya. Tidak mengapa, saya tak kisah pun dan sudah biasa dengan semua itu.

“Saya diamkan sahaja. Kalau mereka (rakyat) rasa dengan menyalurkan rasa tidak puas hati dan kecewa mereka kepada saya boleh buat perasaan itu hilang, silakan. Saya cuma tak nak orang stres sahaja.“Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah sebab saya tak boleh halang apa orang nak buat dan saya mahu semua orang kekal positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ujar pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu lagi, dia sebenarnya berasa sangat beruntung kerana terdapat seseorang yang memberi teladan yang baik di depan mata dan orang itu adalah bapanya.

“Tiada apa yang berubah. Dia sentiasa seorang bapa yang baik. Saya beruntung kepada saya ada contoh di depan mata yang boleh beri saya bukti bahawa kalau kita kerja keras dan buat benda yang kita suka dengan baik dan tidak berputus -asa, Insya Allah ada hasilnya.

“Tanggungjawabnya memang berat. Harapan saya sama sahaja dengan semua rakyat negara ini iaitu nak beliau buat yang terbaik supaya rakyat semua bahagia. Saya doakan yang berbaik dan sokong dari belakang,” kata Dafi yang merupakan bekas peserta program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) musim ke-5.

“Saya harap dia mampu menggalas jawatan ini dengan sebaik mungkin serta terus cemerlang dalam kerjayanya,” katanya.Menurut Dafi, walaupun tidak ramai yang menghargai segala usaha keras yang dilakukan bapanya selama ini, namun dia melihat sendiri bapanya bekerja tanpa mengenal erti penat.”Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.

“Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” katanya.Dafi berkata, Ismail selalu bertanya kepadanya jika ada menerima mesej peribadi atau terbaca apa saja keluhan atau masalah daripada orang ramai.”Dia seboleh mungkin cuba nak tahu apa lagi keluhan yang dihadapi dan mahu cuba membantu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan negara. –

Sumber: K! ONLINE

Ayah baru sahaja jadi TPM. Sekali ini pula berlaku pada Dafi.

Sebak pula hati saat baca komen-komen warganet mengkritik penyanyi Dafi apabila bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta Rabu lalu. Bukan apa, rasanya tak patut warganet menyer4ng Dafi walaupun mungkin ada perkara yang membuatkan orang ramai tidak berpuas hati.

Tapi bahasa yang dilemparkan warganet agak lantang, malah ada juga yang mencar.ut sehingga menggunakan kata-kata kes.at.. Sebagai masyarakat Malaysia yang memiliki adab dan sopan-santun, janganlah ayat sebegitu untuk menghentam seseorang.

Tiba-tiba terfikir, bukan mudah rupanya menjadi anak kepada seorang individu berpengaruh seperti Dafi. Kita pun tidak tahu apa yang dia rasa sekarang apabila ramai yang mengkritiknya. Apa-apa pun Diva harap Dafi baik-baik sahaja dan jangan ambil peduli apa yang diperkatakan oleh warganet.

KOMEN WARGANET :


Sumber : News Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Macam tak beri kesan apa pun dengan pengumuman Zahid Hamidi. Sampaikan ini yang Ismail Sabri muat naik dalam media sosialnya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini. “Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai. Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu entri yang dimuatnaik di dalam akaun Twitter rasmi beliau.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kelmarin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan Ismail Sabri telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

Selain Ismail Sabri, Muhyiddin turut melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

“Sokong Muhyiddin ‘Akan Tanggung Akibat”-Najib Razak

Satu lagi kenyataan bersama yang mendkwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul, kali ini mendkwa bahawa mereka semua bersetuju untuk menyokong Muhyiddin Yassin untuk berkhidmat sebagai perdana menteri. “Ahli Parlimen BN” itu mengatakan bahawa keutamaan mereka sekarang adalah memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara dan Muhyiddin meneruskan agenda “membela rakyat”.

Kenyataan bersama itu tidak mengandungi kepala surat rasmi BN, dan juga tidak mempunyai senarai penandatangan. Bagaimanapun, FMT melaporkan bahawa pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kenyataan itu sebagai “sahih”.

Beberapa ahli parlimen BN, seperti Annuar Musa (Umno-Ketereh), memberitahu bahawa mereka turut serta dalam kenyataan itu. Sementara yang lain memberikan jawapan yang tidak jelas. Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan komen tidak berjaya.

Ketika laporan ini ditulis, tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini mewakili semua ahli parlimen BN. Zahid, dalam kapasiti sebagai presiden Umno, menyatakan bahawa majlis kerja tertinggi (MKT) Umno telah memutuskan untuk menarik balik sokongan parti itu kepada Muhyiddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan dkwaan dalam kenyataan terbaru yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN”.

“Eh.. saya pun ahli parlimen BN. Sejak bila saya setuju lngg4r arahan MKT parti semalam? Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini? Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap ahli parlimen BN yang ada hari ini. Sebab itu, saya tentu akan kenal nama setiap orang ahli parlimen BN. Sila beri senarai nama,” katanya di Facebook.

Ini adalah kali kedua sejak 23 Jun di mana kenyataan yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul. Kenyataan sebelum ini mendakwa bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan menyokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Kenyataan sebelumnya pada mulanya dikaitkan dengan Ismail Sabri dan kemudian dikaitkan dengan “semua Ahli Parlimen BN”.

Ini yg berlaku di rumah Muhyiddin selepas Zahid umum tarik sokongan

Beberapa anggota jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir ke kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pagi semalam. Menurut laporan portal berita, kenderaan yang dipercayai membawa menteri, Peguam Negara Idrus Harun dan pegawai kerajaan lain dilihat memasuki kawasan perumahan perdana menteri pada jam 9.40 pagi tadi.

“Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini,” katanya. Dipercayai kehadiran menteri dan pegawai kerajaan di rumah Muhyiddin berkaitan dengan desakan Umno supaya ahli parlimen Pagoh mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan keputusan parti itu menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin dengan segera, dengan alasan kerajaan gagal dalam tugasnya termasuk menangani wabak Covid-19.

Majlis Tertinggi Umno memutuskan Muhyiddin mesti memberi laluan kepada perdana menteri sementara, yang akan mefokuskan menangani wabak, sebelum diadakan pilihan raya umum untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Sumber:Bernama/MK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.