Daiyan akui penat lalui pelbagai ujian dikala pandemik. Rupanya lagu Penat ada maksud dengan kisah cintanya.

Daiyan akui lagu Penat berentak balada dan berkonsep cinta yang pertama dikeluarkannya. “PENAT,”. Itu jawapan ringkas penyanyi, pelakon dan pengacara, Daiyan Trisha saat ditanya mengenai perasannya pada ketika ini, melalui pelbagai ujian dalam situasi pandemik yang bukan saja ‘mengh3ntam’ Malaysia, bahkan seluruh dunia. Perkataan itu juga dituang dan dicambahkan menjadi satu lagu sekali gus digunakan sebagai judul untuk karya terbarunya yang dilancarkan pada Khamis lalu.

Menggambarkan Penat sebagai satu karya yang dekat di hatinya, Daiyan menterjemahkan kisah cintanya yang kecundang di tengah jalan dan bagaimana dia menghadapi perpisahan itu dalam situasi pandemik ini.

“Lagu ini ada aura yang istimewa buat saya secara peribadi. Karya ini saya hasilkan ketika kita semua menjalani fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pada ketika itu, saya sedang melalui fasa emosi yang tidak berapa stabil kerana baharu saja putus cinta. Jadi, ia menjadi inspirasi utama dalam penghasilan karya terbaharu ini,” katanya.

Menurutnya, ia bukanlah satu proses mudah di mana dia perlu melawan rasa luka dalam hatinya dan pada masa sama, perlu menjaga diri menempuh pandemik Covid-19 ini. “Apa yang saya rasa bukannya letih atau sakit, tapi lebih kepada penat kerana putus cinta di kala pandemik ini adalah sesuatu yang lebih mendalam. Selain itu, saya juga menyentuh mengenai perasaan penat yang dialami oleh semua orang ketika ini, namun diterjemahkan oleh mereka dengan cara masing-masing.

“Jadi, karya ini umpama membalut semua perasaan itu dan saya sajikan dalam satu perkataan yang universal,” katanya. Daiyan juga berkata, proses penghasilan Penat bukanlah semudah yang disangka.

“Kalau kita bercerita mengenai proses teknikal, semuanya tidak terlalu sukar memandangkan ada pelbagai teknologi yang boleh diguna pakai. Namun, saya tak nafikan bahawa lagu ini adalah lagu yang paling sukar untuk saya hasilkan. Walaupun saya hanya mengambil masa selama satu jam untuk menulis, tapi sebenarnya saya berhenti banyak kali kerana menangis.

“Emosi yang ada melimpah ruah, sampaikan ada ketikanya sukar untuk saya mengawal emosi pada ketika itu. Namun, dari sudut positifnya saya juga lebih mudah menitiskan air mata sewaktu merakamkan video lirik lagu ini,” katanya. Berkongsi lagi mengenai karya yang diciptanya sendiri ini, Daiyan juga mengakui bahawa lagu Penat berentak balada dan berkonsepkan cinta pertama yang dikeluarkannya.

“Ini adalah lagu balada dan berkonsepkan cinta dalam bahasa Melayu pertama yang saya keluarkan. Sebelum ini, tak pernah lagi saya keluarkan lagu dengan konsep mengenai patah hati sebegini. Saya perasan bahawa genre dan konsep lagu sebegini ada tempat di hati pendengar tempatan, namun kali ini baharulah saya tergerak hati untuk menghasilkannya,” katanya.

Selain berbicara mengenai buah tangan terbaharunya itu, Daiyan juga turut berkongsi sedikit pengalaman ketika dia menggalas tanggungjawab sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vksin (PPV) baru-baru ini.

“Saya berpeluang menjadi sukarelawan selama enam minggu dan niat saya adalah untuk menghulurkan bantuan. Saya memulakan tugas saya sebagai sukarelawan ketika awal-awal PKP 3.0 baru-baru ini. Di rumah, saya menetap sendirian. Jadi, saya tiada sesiapa yang berisiko tinggal bersama dan saya gunakan peluang ini untuk membantu petugas barisan hadapan di PPV,” katanya.

Pentingnya vaksin

Aktif menguar-uarkan mengenai pengambilan vksin di beberapa platform media sosial, Daiyan kerap kali berkongsi mengenai kepentingan vksin. “Dari sebelum saya bertugas sebagai sukarelawan lagi, memang saya sering berkongsi informasi mengenai vksin dan kepentingan vksin.

“Vksin adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk kita keluar daripada permasalahan yang dialami sekarang ini dan juga untuk kita semua dapat keluar dari ‘lockdown’. Mungkin masing-masing ada pendapat dan kepercayaan tersendiri. Tapi perlu diingat, setiap apa yang kita ingin lakukan sekarang, kebanyakannya ada syarat iaitu perlu divksin,” katanya.

Berkongsi mengenai aktiviti di rumah, Daiyan bersyukur kerana rezekinya di platform digital masih lagi ada. “Walaupun tak dapat keluar, saya masih lagi bekerja di rumah untuk menghasilkan kandungan digital buat beberapa jenama yang bekerjasama dengan saya. Selain itu, saya juga hasilkan lagu-lagu baharu di samping merakamkan lagu ‘cover’ sebagai kandungan di platform media sosial saya,” katanya. Apapun, Daiyan tetap mengharapkan agar kehadiran single baharunya itu diterima baik oleh pendengar dan dapat menyentuh hati setiap orang yang mendengarkannya. Sumber : hmetro

Daiyan Trisha tampil mohon sesuatu dari rakyat Malaysia. Rupanya sebabkan ciapan yang tular di laman Twitter.

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memohon rakyat Malaysia daripada terus menularkan ciapan ‘road to 20k’ yang kini sohor dalam Twitter. Ujar pelakon drama Projek: Anchor SPM itu, ciapan tersebut bukan satu perkara yang harus dijadikan seperti bahan jenaka kerana realitinya sangat menakutkan.

“Kata-kata itu satu doa. Melihat ‘road to 20k’ sohor kini ada satu perkara menakutkan. Kita semua tak mahu perkara itu berlaku. Ciapan tersebut bukan hanya sejumlah nombor namun merupakan nyawa, manusia dan rakyat Malaysia. Tolonglah,” ciap pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, itu.

Difahamkan, ciapan tersebut tercetus apabila Malaysia semalam mencatatkan jumpah kes positif tertinggi sepanjang tempoh pandemik dengan 17,045 kes menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1,013,438 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,500 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes. Sumber -K! ONLINE

Tular seramai 204 petugas ppv idcc Shah Alam disahkan positif covid 19. Ini kata kata dari Khairy Jamaluddin.

Seramai 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam disahkan positif Covid-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan diperolehi selepas saringan beramai-ramai pada 10 Julai lalu.

Katanya, orang ramai yang hadir untuk vaksinasi di IDCC Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksana kawalan kendiri selama 10 hari. IDCC Shah Alam ditutup hari ini berikutan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugasnya.

Mereka yang hadir mendapatkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta melaksanakan kawalan kendiri selama 10 hari.Ini susulan seramai 204 petugas di PPV tersebut dijangkiti Covid-19 selepas ujian saringan beramai-ramai dibuat ke atas kesemua petugas di situ pada 10 Julai.

Video:

https://www.facebook.com/watch/?v=593482215392230&t=0

WHO selar negara kaya ‘tamak’ vaksin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam ‘ketamakan’ negara kaya yang mempertimbangkan pemberian vaksin penggalak Covid-19, namun pada masa sama masih banyak negara lain yang terus diancam virus itu.

Dengan nada yang tegas, WHO mengatakan negara berkenaan perlu malu jika membuat keputusan untuk tinggal-kan negara yang lemah dalam menghadapi wabak ini. Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga mengingatkan pengeluar vaksin supaya tidak mengutamakan dos ketiga sebagai penggalak.

Sebaliknya, ia perlu memberi keutamaan kepada pengeluaran dos pertama dan kedua kepada petugas kesihatan dan warga emas di negara miskin. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata demikian dalam sidang media ketika ditanya mengenai tempoh pandemik ini akan berakhir. “Kita akan akhiri pandemik ini tidak lama lagi kerana kita sudah memiliki kaedah untuk mengatasinya,” katanya. Kredit:metro/KiniTVBM

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut. “Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,” kata kenyataan terbabit.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.