Bayi dalam kotak ini dtnggalkan nota oleh ibu kndungnya sendiri. Tak sangka ini isinya

Berlaku di Tanjung Karang, tular di Facebook berkenaan kisah seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah kotak berserta dengan sekeping nota yang didakwan tulisan tangan penjaganya.

Bayi tersebut diletakkan di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru di sini, malah di dalam kotak itu ditinggalkan juga beberapa barang bayi.

Ingatkan kucing, rupanya bayi

Menerusi laporan Harian Metro, bayi itu dijumpai oleh Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 7.15 pagi.

“Saya ketika itu mahu ke sekolah untuk meninjau kerja pembersihan dan nampak kotak di pintu pagar surau yang pada mulanya menyangka ada orang membuang anak kucing…”

“Kebetulan kotak itu ditutup dengan kain biru, jadi saya ambil keputusan untuk tengok dan selak kain itu. Terkejut saya apabila melihat bayi di dalamnya…”

Mohon maaf tak dapat jaga

Menerusi nota tulisan tangan, penjaga kepada bayi tersebut memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi yang diberi Muhammad Arif disebabkan faktor ekonomi dan berterima kasih kepada individu yang sanggup menjaga bayi itu.

Difahamkan, bayi berkenaan berkemungkinan telah berada di kawasan surau seawal Subuh, mungkin diletakkan ketika para jemaah sedang menunaikan solat.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi itu. Sementara, bayi berkenaan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Reaksi Dari Netizen

Sumber : Harian Metro & Facebook

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.