Tak sabar nak tunggu lagu Dato Aliff Syukri ni keluar – Netizen

Dato Aliff Syukri merupakan satu nama yang agak terkenal di Malaysia. Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan tidak dapat dinafikan. Beliau juga sebelum ini pernah mflis dan gagal berkali-kali sebelum betul-betul berjaya bergelar jutawan sepertimana beliau pada hari ini. Jika sebelum ini beliau lebih dikenali dengan produk Dherbs, namun kini beliau melebarkan sayap kepada jenama baru iaitu AS Legacy.

Tidak hanya menjadi usahawan, beliau juga terjun ke dunia seni apabila menyanyikan lagu pertama beliau bersama Sajat berjudul Abang Nak Tegur beberapa tahun lepas. Dato Aliff kemudiannya turut menjadi pelakon apabila menjadi teraju utama filem Badang.

Sebelum ini Dato Aliff pernah muncul dengan beberapa lagu. Antaranya ialah lagu Bobo dimana berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia Lucinta Luna.

Beliau juga pernah tampil dengan klip video air mata berdrah menerusi lagu Cuba Bahagia di mana klip lagu tersebut menjadi tular dan meraih sehingga 2.8 juta tontonan di saluran youtube.

Walaupun nyanyian dan suara beliau mendapat kritikan hebat netizen namun mengenali Dato Aliff, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang beliau lakukan.

Setelah muncul dengan beberapa buah lagu pada tahun sebelum ini, Dato Aliff berkata beliau akan muncul dengan lagu raya terbaru pula selepas ini.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Dato Aliff akhirnya mendedahkan teaser lagu raya terbaru nyanyian beliau.

 

Sering membawa kelainan dalam setiap lagu yang dinyanyikan oleh beliau, kali ini beliau tampil dengan lagu raya baru berjudul Lalala Raya.

Bagaimanapun menerusi teaser klip video yang di kongsikan oleh Dato Aliff Syukri di instagramnya, beberapa orang lelaki di dapati menari sambil menyanyi bersama Dato di dalam klip video tersebut.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warga maya dan netizen mnggalkan komen berbaur sindiran mengenai lagu dan suara Dato Aliff.  Netizen juga merasa terhibur melihatkan gelagat Dato Aliff bersama para penari di dalam klip video lagu raya berkenaan.

Minat Dato Aliff terhadap nyanyian nampaknya tidak pernah pudar. Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian.

Video yang dikongsikan Dato Aliff juga penuh dengan rasa teruja menunjukkan beliau tidak sabar lagi untuk memperdengarkan lagu terbaru beliau. Apa-apa pun tahniah Dato Alif kerana muncul dengan lagu terbaru tidak lama lagi.

Sumber: ig Dato Aliff Syukri

Kredit : mediapuyu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: