Rihana Oksana dedahkan kriteria lelaki yang dia mahukan sebagai calon suami. Ini antara ciri penting yang dia senaraikan.

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra yang juga bekas isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Instagram mendedahkan kriteria dan ciri lelaki perlu ada pada lelaki yang ingin menambat hatinya untuk dijadikan suri hati. Sama seperti kebanyakan pasangan lain, Rihana mahu lelaki itu menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya selain mampu menjadi sahabat baik buat puteranya, Leon.

Malah, lebih indah kalau calon lelaki idamannya itu seorang duda dan mempunyai anak kerana mereka lebih matang dan bertanggungjawab. Memandangkan dia seorang yang tinggi dan mahu memakai kasut bertumit tinggi, Rihana berharap lelaki idamannya juga seorang yang tinggi.

Perkongsian :

https://www.instagram.com/p/CRTpcFAjvVs/?utm_source=ig_embed&ig_rid=2acbd963-5b2e-4cbd-a29a-0f59d883c078

Paling utama, dia tidak mahu wujud perbalahan di antara satu sama lain dan setiap masalah yang berlaku di antara mereka perlu dibincang dengan baik. Dia juga berharap pasangannya bukan seorang pengecut lari dari masalah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti mematikan telefon, memblok namanya serta menghilangkan diri.

Rihana bagaimanapun mengakui sukar untuk dirinya mencari lelaki sedemikian, namun dia bersyukur dia kini lebih matang membuat penilaian terutama dalam soal memilih pasangan hidup. Adakah secara tidak langsung Rihana membuat sindiran terhadap bekas suaminya dengan mendakwa baginda memutuskan segala perhubungan dengannya dan melarikan diri daripadanya sebelum konflik diselesaikan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: KL Menjerit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rihana Oksana Dedah Dia Risau Dengan Bakal Apa Yang Terjadi Kepada Anaknya Ismail Leon Dan Bakal Rujuk Pakar Kanak2

Risau kemahiran komunikasi anak agak lambat, Rihana Oksana Petra bakal meminta bantuan p4kar terapi perkembangan kanak-kanak untuk menilai anaknya iaitu Ismail Leon. Menurut Rihana, Leon hanya mampu bercakap satu patah perkataan sahaja dan tidak boleh membina frasa.

Adakah ini perkara biasa?

Link Video : rihanapetra

Adakah ini perkara biasa atau sudah tiba waktunya untuk saya bimbang? Kanak-kanak lelaki kebiasaannya akan lebih lambat daripada kanak-kanak perempuan, termasuk bercakap. Namun, setiap kanak-kanak yang berusia dua tahun mampu berkomunikasi menggunakan dua suka kata yang kecil. Saya telah hantar Leon pergi ke sekolah untuk kelas perkembangan dan dia selalu berinter4ksi dengan kanak-kanak lain. Tetapi pada masa yang sama, dia hanya bercakap satu perkataan dan tidak membina frasa.

Ini Gambar Leon Menyerupai Kamu' – Rihana Didakwa Tolak 2 Kali Ujian DNA

Menurut Rihana, dia telah berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada guru yang mengajar anaknya di sekolah. Tambahnya, guru tersebut menasihatinya supaya membawa Leon pergi berjumpa dengan pakar terapi bagi memastikan punca sebenar anaknya lewat bertutur.

Kena rajin berinteraksi

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa perkara tersebut adalah normal bagi seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun. Menurut netizen, Rihana perlu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anaknya lebih kerap selepas ini.

Sumber: Rihana Oksana

Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihanna Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di laman media sosial sehingga mendapat perhatian ramai. Bekas ratu cantik itu telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah bercerai dengan talak tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019.

Terbaru, Rihana Petra memuatnaik foto anak sulungnya itu di IG Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan. 

Mirip ‘grandparents

Rihana Petra membuat perbandingan wajah Ismail Leon dengan dua wajah kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Perbandingan wajah itu juga diletakkannya kapsyen ringkas iaitu ‘grandparents‘.

Mirip ‘atuk dan ayah’

Selain itu, Rihana juga memuatnaik foto membandingkan wajah Ismail Leon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V. Perbandingan tersebut hanya diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’ sahaja.

Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari Rihana Petra mengenai status kekeluargaan yang berkaitan dengan anak lelakinya itu.

Sumber: Rihana Petra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: