Terkini Dr Noor Hisham dedahkan varian delta antara kes covid 19 meningkat sampai mampu jangkiti 800 orang dalam masa yang singkat.

penularan varian Delta yang paling bahaya dan mudah merebak merupakan salah satu faktor peningkatan kes covid-19, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ketua Pengarah Kesihatan berkata, unjuran jangkitan disebabkan varian tersebut adalah tinggi dan boleh merebak dengan pantas.

“Salah satu faktor peningkatan kes disebabkan oleh varian. Kita dimaklumkan varian Delta sekarang ini menjadi varian yang dominan. “Varian Delta ini merebak dengan cepat sekali… bererti kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam tempoh yang singkat,” katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petang Selasa.

Dilaporkan, varian Delta berasal dari India. Dr Noor Hisham berkata, jangkitan covid-19 pada masa ini boleh menular melalui bawaan udara atau ‘airborne’. Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya orang ramai mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda dan mengelakkan berada di tempat-tempat sesak.

“Pada masa singkat, ia boleh menjangkiti. Jadi kita kena ambil tindakan untuk mengelakkan daripada dijangkiti iaitu pemakaian pelitup muka berganda dan face shield, dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

“Ini kerana kalau ada seorang yang positif, maka ia akan merebak,” katanya. Menurut Dr Noor Hisham, faktor kes harian covid-19 meningkat turut disebabkan oleh peningkatan saringan di lapangan.

Beliau menambah, peningkatan kes covid-19 di Selangor, Kuala Lumpur Lumpur dan Negeri Sembilan sejak kebelakangan ini merupakan hasil daripada saringan bersasar. Pada Selasa, Malaysia merekodkan kes harian tertinggi sejak negara dilanda pandemik tahun lalu, dengan 11,079 k3s baharu.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,263 k3s, diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033). Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Antara pemergian paling muda pergi menghadap illahi akibat Covid 19. Tapi keadaan ibu pula buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu pergi menghadap illahi akibat Covid 19, antara pemergian termuda sejak pandemik Covid 19 melanda negara. Bayi itu selamat diuruskan di Tanah Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh, di sini malam tadi.

Lebih memilukan apabila ibu bayi itu difahamkan masih brtrung nywa di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital di negara ini. Sementara itu, bapanya bersama lapan anak lain sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kisah itu dikongsikan menerusi ciapan di Twitter dan hantaran di Facebook (Fb) rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini. “Ya Allah… sayu hati kami di keheningan malam tadi, kali pertama menerima pemergian Covid 19 termuda bayi lelaki berusia 38 minggu di Tanah Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Selaseh.

“Semoga dikurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarga, Insya-Allah, anak kecil ini menanti di syurga, memberikan syafaat buat kedua-dua orang tuanya di akhirat kelak,” katanya. Susulan perkongsian kisah itu, ramai pengguna Twitter dan Fb tinggalkan komen dengan rata-ratanya mendoakan keluarga bayi berkenaan diberi ketabahan atas ujian diberikan.

Reaksi Orang Ramai

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berada dalam lindungan Allah buat barisan hadapan semoga Allah membalas segala kebaikan dengan seberat-berat timbangan sebelah kanan dan kosongkan timbangan sebelah kiri Amin,” ciap seorang pengguna Twitter bernama Wardina Awatif.

Sementara itu, seorang lagi, Riyan Othman turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bayi berkenaan di ruangan komen Facebook (Fb) JAWI. “Salam takziah. Ujian besar untuk keluarga ini. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini,” katanya.

Melihatya sahaja sudah mengundang rasa sayu dihati apalagi team menguruskannya. Semoga keluarga bayi itu tabah menerima dugaan hebat ini. Salam takziah…Al Fatihah…..semoga keluarga ini diberi kesembuhan dr ALLAH…Inshaa Allah…Aamiin. Selamat jalan sayang. Moga mama kamu dan seluruh ahli keluarga diberikan kesembuhan oleh Allah.

Kredit : HMetro/Jawi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes makin hari meningkat. Terkini keadaan sesak di Cac Stadium Malawati bila dikunjungi hampir 4000 pesakit covid 19 termasuk bayi dan kanak kanak.

Semakin meningkat dan terus meningkat… Individu yang positif COVID 19 hari ini dilihat berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih dari 500 meter untuk melapor diri ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Malaysia Gazette, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan bayi yang juga positif COVID 19 terpaksa beratur sama dalam keadaan panas terik semenjak dari jam 11 pagi tadi.

Menerusi gambar yang diperolehi dari portal berita tersebut, orang ramai dilihat beratur hingga ke parkir kenderaan bersebelahan stadium. Hanya sebuah khemah putih saja dilihat menempatkan individu yang alami sesak nafas dan alami simptom serius akibat wabak itu.

Malah pengunjung juga dilihat sudah bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing, seolah-olah tahu yang mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin nanti. 4,000 pengunjung hadir, di luar kemampuan petugas kesihatan

Menurut petugas kesihatan yang terlibat, lebih 4,000 orang pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini. Ini sebenarnya telah melebihi kapasiti harian yang mana CAC tersebut boleh menerima antara 1,000 ke 1,5000 pengunjung, yang mana perkara ini jelas-jelas di luar kemampuan mereka.

Disebabkan jumlah pengunjung yang makin bertambah, petugas di CAC itu juga dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan. Aduhai kasihan pula… nampaknya dah boleh expect peningkatan dalam kes dua ke tiga hari ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dr Noor Hisham jangkakan kes harian Covid 19 akan mulai stabil dalam masa 1 atau 2 minggu lagi. Tapi ini pesanannya yang kerajaan perlu lakukan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan proses vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Katanya, lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan. Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program ‘The Nation’ bertajuk ‘Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita terbitan Bernama TV yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu.

Beliau berkata pematuhan yang berterusan oleh semua pihak serta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di lapangan seperti sektor perkilangan, perlu dipertingkatkan dalam usaha mengawal lebih banyak jangkitan khususnya membabitkan penularan di tempat kerja. Menjelaskan situasi kapasiti beberapa hospital yang dilaporkan sesak dengan jumlah pesakit Covid-19, beliau berkata KKM sedang giat meningkatkan keupayaan hospital untuk menampung pesakit terutama individu dengan jangkitan tahap empat dan lima di unit rawatan rapi.

“Masalah yang kami hadapi ialah pesakit tahap empat dan lima mengambil masa lama untuk dirawat dalam Unit Rawatan Rapi antara dua hingga lima minggu termasuk yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Inilah kekangan yang dihadapi kerana jumlah pesakit tahap empat dan lima juga bertambah dan menjadi sesak. Oleh sebab itu KKM sedaya upaya meningkatkan lagi kapasiti hospital,” katanya.

Terdapat lima tahap jangkitan Covid-19. Tahap satu – tidak bergejala; tahap dua – bergejala ringan; tahap tiga – bergejala dan mengalami radang paru-paru; tahap empat – bergejala, mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen; serta tahap lima – bergejala kritikal dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi. Pada hari Sabtu, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi dengan 9,353 kes baharu dengan 29 lagi kluster baharu termasuk 19 kluster tempat kerja.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.