Ramai yang tak puas hati dengan kenyataan DSV. Sekali bila nak mintak maaf boleh pulak dia bagi respon macam ni.

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak akan membuat permohonan maaf berhubung video dalam aplikasi TikTok di mana dia dikatakan tidak sensitif dengan isu kibar bendera putih. Vida ketika dihubungi berkata, tiada keperluan untuk dia meminta maaf kerana dia tidak bermaksud untuk menghalang bantuan untuk mereka yang memerlukan.

“Saya nak minta maaf untuk apa? Warganet sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang mengkritik saya. Ada yang kata saya kaya tapi riak tak nak tolong orang dan macam-macam lagi. Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila memuat naik video dalam aplikasi TikTok ketika singgah di gerai milik seorang pemuda di sebuah kawasan perumahan. Dalam video berkenaan, Vida menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Vida berkata, ada yang memaklumkan bantuan ini hanya bersifat sementara bagi menunggu PKP selesai, namun dia melihat sebaliknya.

“Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hnt4m walaupun saya buat penjelasan sebenar. Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih. Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?” katanya.

Katanya, perniagaan ini boleh dibuat dari rumah atau membuka gerai di depan rumah. “Itu yang saya maksudkan. Ada juga jenis perniagaan di mana orang boleh buat ‘dropship’ tanpa modal. Tapi, nak cakap apa pun mereka dah tak peduli dan nak juga kritik.

“Fikirkan kalau sekiranya bantuan berupa sumbangan makanan, jadi sewa rumah, bil elektrik dan air siapa nak bayar? Sampai bila nak terus begini? Saya maksudkan, mereka boleh berniaga sampai habis PKP dan selepas itu kembali bekerja seperti biasa,” katanya. Diva mengakui banyak pihak menanti masa untuk menghnt4m dan dia hanya menelan semuanya.

“Sejak tahun lalu lagi saya sebenarnya dah banyak menyumbang tapi bukanlah saya hantar sendiri atau turun padang. Alhamdulillah ribuan juga saya bantu. Tapi dalam keadaan sekarang saya pun dah rasa bosan dan nak turun padang bagi bantuan pada peniaga. Bolehlah saya buat video sikit. Bukan niat saya nak balas dendam kerana nanti warganet kata dah kena kritik nak tunjuk baik pula,” katanya.

Vida berkata, dia mempunyai pengalaman sendiri semasa memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib sebelum ini. “Alhamdulillah, makan dah ada tapi mereka risau pasal sewa rumah pula. Takkan kami nak kena bayarkan pula. Kalau sebulan bolehlah tolong tapi selepas itu macam mana pula. Saya dah pernah berdepan perkara itu dan itulah sebabnya saya keluarkan kenyataan yang dianggap melampau,” katanya.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DSV akui lebih bahagia dengan anak anak daripada orang yang macam ni. Sekali ramai pula yang setuju dengan perkongsian tersebut.

Hampir empat tahun berpisah, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui kini hidup selesa bersama anak-anak meskipun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi. Kata Vida lagi, lebih membimbangkan jika bertemu dengan pasangan yang salah terutamanya jika dapat lelaki jenis biawak hidup yang malas bekerja.

“Realiti Zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini utk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup. Kerja malas. Tau nak makan tidur. Betul la kan?Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” katanya.

Perkongsian Vida di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut bersetuju dengan pendapatanya itu. Kata warganet lagi, jika sudah memiliki semuanya mengapa perlukan lelaki lagi. Dalam pada itu, ramai mendoakan semoga Vida bahagia bersama anak-anaknya dan terus berjaya dalam perniagaan. Terdahulu, perkahwinan ketiga Datuk Vida bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada 2017 selepas mendirikan rumah tangga selama 3 tahun.

Sumber:Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mengejutkan Cik B Tetiba Upload Rakaman Yg Dia Tengah Hisap Rokok Di Laman Ig Nya. Tergamam Ini Yg Dato Seri Vida Lakukan Bila Dpt Tahu Tentang Kelakuan Anknya Itu.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) terkejut melihat aksi anak sulungnya, Cik B yang sedang menghisap vape. DSV telah memuat naik video aksi tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida.

“Cik B hisap vape? Macam ye ye jer.. Muka sikit punya feeling… Tapi yang penting… Cik B dah berjinak jinak dgn foundations… Kreatifnya dia punya imaginasi… Kejut mama tengok,” tulis DSV. Menerusi video tersebut, DSV merakam aksi Cik B yang kononnya sedang menghisap vape.

Objek yang sedang dihisap oleh Cik B merupakan sebotol bedak asas yang menyerupai bentuk vape. Selepas melakukan aksi menghisap ‘vape’, Cik B melakukan silap mata dan mengeluarkan kapas dari mulutnya. Di akhir video, Cik B mencalitkan bedak asas tersebut ke tangan dan menyapu bedak itu ke muka.

Aksi lawak Cik B nyata menghiburkan hati warganet, terutamanya pengikut laman Instagram DSV. Cik B sering melakukan video-video kreatif dan mengumpul peminat tersendiri di laman Instagram miliknya, @cikb_havoc66 yang kini mengumpul lebih 95,000 pengikut. Sebelum ini, Cik B pernah menghasilkan video kelakar berkenaan dengan topik jejaka yang ingin menghampiri ibunya.

Foto: Instagram @datoserivida