Akhirnya terbongkar, ada agenda antara Najib dan Anwar. Patutlah anwar tak pernah kena trooll

Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

“Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

“Takkanlah BN – terutama Umno – mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru,” katanya kepada Malaysiakini.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan bekas pengerusi BN itu.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti,” kata Najib.

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

“Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tindakan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini

Jika di teliti balik, Najib pernah Hubungi anwar 2 Kali Pada Malam Pilihan Raya PRU 14

Najib Hubungi Anwar selepas BN Kalah PRU 14

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sangat kecewa pada malam PRU14 dan terpaksa menghubungi DS Anwar Ibrahim bagi mendapatkan nasihat

Ia marupakan satu kejutan besar buat Najib apabila mereka kalah dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Barisan Nasional telah memerintah Malaysia selama enam dekad.

Anwar, yang telah diampunkan dan dibebaskan dari hukuman penjara lima tahun untuk kes liwat pada Rabu, memberitahu Reuters dalam satu temu bual bahawa beliau menerima dua panggilan telefon daripada Najib malam itu.

“Apabila beliau menelefon pada malam pilihan raya lalu, saya sebagai sahabat menasihatkannya supaya terima kekalahan dan teruskan hidup,” katanya.

Anwar berkata, beliau meminta Najib supaya segera membuat kenyataan bagi mengelak dilihat cuba melengahkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan PH pada malam itu.

Pada sidang media sehari selepas PRU-14, Najib berkata tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dan beliau memberi kepercayaan kepada Yang di Pertuan Agong untuk menggunakan budi bicara baginda memilih Perdana Menteri baru.

Dalam panggilan tersebut, Anwar berkata, Najib cuba memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan siapa yang boleh menasihatkannya

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menawarkan sebarang perjanjian serius kepadanya.

Tahun lepas, Najib melawat Anwar di hospital ketika beliau sedang pulih dari kecederaan bahu. Khabar angin mengatakan bahawa Najib telah membuat perjanjian sampingan untuk bergabung dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika sekalipun beliau menawarkan perjanjian itu, saya hanya akan mengabaikannya… saya hanya mendengar apa yang beliau katakan,” tegas Anwar.

Anwar berkata, pada panggilan kedua, Najib “benar-benar hancur dan kecewa”

Menurut Reuters, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut tentang perkara itu.

Anwar juga mengingatkan penyokong agar tidak berdendam terhadap Najib.

Beliau turut menyeru penyokong Pakatan Harapan untuk membenarkan undang-undang membawa keadilan dan tidak dibutakan oleh kemarahan terhadap bekas Perdana Menteri

keratan Dari website Malaysiakini