Kakitangan Kementerian Kewangan mengaku mengambil rasvah dan jumlah yang diambil sangat tidak masuk akal

Lima kakitangan Kementerian Kewangan diden.da RM1,500 sehingga RM2,000 selepas mengaku bersa.lah menerima ra.suah hari ini.

Lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) masing-masing diden.da selepas mengaku bersa.lah atas pertuduhan menyalah guna kuasa mengenai pendaftaran akaun baharu e-Perolehan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun bergred W19 dan W29 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati bersa.lah melanggar peruntukan Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasu.ah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihu.kum di bawah Seksyen 25 (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hu.kuman den.da sehingga RM100,000 atau tidak melebihi 10 tahun penja.ra atau kedua duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati bersa.lah menerima rasuah bagi mendapatkan status syarikat Bumiputera daripada individu tertentu yang bertindak sebagai orang tengah dengan nilai suapan antara RM200 hingga RM600 untuk setiap permohonan.

Dalam pada itu, Hakim Manira Mohd Nor ketika membacakan huku.man turut berharap hukuman denda yang dikenakan sebagai memberi pengajaran kepada semua penjawat awam agar tidak terlibat dalam kegiatan ra.suah.

“Mahka.mah menyatakan kepada kamu bahawa perbuatan kau dan semua tertuduh yang didapati ber.salah tadi. Walaupun jumlah diambil agak sedikit tetapi dia bermula dari akar umbi yang mana akan bawa kemusna.han kepada keluarga kamu sendiri.

“Saya harap kamu insaf selepas ini, di tempat kerja kamu seterusnya membawa kero.sakan masyarakat. Dengan jumlah kecil itu, jangan dianggap bukan kesa.lahan. Ia adalah kesa.lahan yang besar, pada masa akan datang….mah.kamah berharap huku.man ini memberi satu pengisafan kepada kamu semua,” jelas Manira.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S PRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Francine Cheryl Rajendram manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan dan Muhammad Aizat Fakri.

Sumber : Astro Awani