Tular detik cemas bayi yang baru saja usia 2 minggu boleh pula jatuh lantai. Sekali bapa dedah apa yang terjadi.

Mal4ng tidak berbau, kealpaan mengundang padah buat Najdi 30, bekas anggota kumpulan UNIC apabila berdepan detik cemas apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Hanya Dalam masa tempoh kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.

“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja… sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu. Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit… ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh. Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis… masing-masing salahkan diri,” katanya ketika dihubungi media.

Kesan bengk4k di kepala

Ekoran itu, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan. “Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendr4han dalam kepala, Alhamdulillah tiada… tapi kena monitor 24 jam. Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” katanya lagi.

Anak kedua tarik lampin balut bayi

Najdi turut berkongsi punca kejadian itu disebabkan anak keduanya menarik kain lampin yang digunakan untuk membalut bayi. “Rupa-rupanya anak saya yang nombor dua tu tarik napkin dia… napkin dia tu saya guna balut baby.

“Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi. Anak saya ni ada avt1sme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri,” katanya. Guna meja makan tukar lampin dan baju. Akibat travm4 dengan kejadian tersebut, Najdi dan isteri kini tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.

“Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil. Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal,” katanya.

Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu. Dalam perkongsian terbarunya, Najdi memuat naik gambar bayinya yang sudah keluar daripada hospital dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buat anaknya itu.

Sumber : Akupapankekunci.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak bila bapa B40 menangis teresak esak di radio gara gara tak mampu nak bagi pendidikan terbaik untuk 5 orang anak.

“SAYA memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan.” Demikian luah seorang bapa sambil menangis teresak-esak ketika berkongsi kesusahan hidupnya dengan stesen radio Suria.fm pada Isnin pagi.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Hamdan itu meluahkan pandangannya mengenai topik ‘Murid Tak Join Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh digntung sekolah’.

Dalam nada sebak, lelaki itu bercerita mengenai kesukaran yang dialami keluarganya sehingga dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anaknya ketika ini.

Menurut pemanggil tersebut, dia hanya merupakan seorang pekerja yang berpendapatan rendah, justeru adalah mustahil untuknya menyediakan keperluan seperti gajet untuk setiap anak-anaknya agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi mengajar mereka di rumah.

Ajak dan Issey turut tersntuh ketika mendengar kisah pemanggil berkenaan. “Saya bukan orang senang, saya orang susah… jadi keperluan untuk alam maya ni kurang… saya kerja biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

“Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang… semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemampuan, ada yang tak berkemampuan,” ujarnya. Lebih menyntuh hati, lelaki itu meluahkan betapa dia sedih dan terkilan kerana tidak mampu memberi yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya.

“Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar saya tak pandai. Saya tak boleh pksa diaorang. Kita suruh diaorang belajar, tapi bila mereka tanya balik (berkaitan pelajaran), kita tak dapat jawab. “Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih… saya tak boleh nak cakap apa lagi.

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40,” katanya sambil menang1s dalam perbualan tersebut. Kisah lelaki tersebut turut dikongsikan di akaun

Instagram Suria.fm serta tular di beberapa platform media sosial yang lain, sekali gus mengundang sebak warganetyang seakan-akan dapat menyelami situasi yang dihadapi lelaki berkenaan. Selain meluahkan rasa simpati, ada warganet yang menawarkan bantuan untuk mengajar secara sukarela kepada anak-anak lelaki tersebut.

Antara komen warganet yang turut tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan. “Tolong bagi contact number pakcik ni. Saya tak dapat bantu dari segi kewangan. InsyaAllah saya boleh bantu anak-anak pakcik ni belajar.

“Betul… tak semua orang senang, kaya, duduk di bandar. Usahlah susahkan mak ayah yang kerja mencari rezeki untuk anak-anak. “Rakyat tengah susah, janganlah menyusahkan rakyat lagi,” demikian antara komen warganet.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.