Rupanya tangisan Dhabitah bukanlah berpunca dari kekalahan.

Atlet negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya menduduki tempat keempat dalam final acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita Olimpik Tokyo 2020. Hal ini pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga walaupun gadis manis itu tidak mendapat pingat untuk sukan Olimpik keduanya.

Menangis di temubual

Menerusi temubual sejurus selesai acara, air mata atlet muda itu tumpah dan membuatkan ramai warganet turut sama sebak apabila dia meluahkan rasa gembira kerana bangga dengan pencapaian diri yang mampu bersaing dengan atlet luar. Menerusi perkongsian cuplikan video dari pengguna Twitter, dapat dilihat Dhabitah menangis sambil tersenyum apabila ditemu bual oleh wartawan Malaysia.

Bangga dengan pencapaian diri

Dalam temu bual itu, atlet berasal dari Kuala Lumpur berkenaan memberitahu yang dia hilang keyakinan diri sebelum berangkat ke Olimpik. Namun, setelah dapat melaksanakan terjunan dengan begitu baik dalam acara yang disertai, dia berasa sangat bangga dengan pencapaian diri berikutan perit getirnya selama menjalani persiapan ke Olimpik begitu terbalas.

“Menangis bukan kerana tak menang…” – Dhabitah bangga pencapaian diri, akui pernah hilang keyakinan

“Saya menangis bukan kerana tak menang tapi berbangga dengan diri kerana sebelum ini agak susah hingga saya hilang keyakinan diri dan tidak yakin mampu beraksi di Olimpik”. Demikian kata atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, mengulas mengenai tangisannya di Tokyo Aquatics Centre selepas selesai aksi final acara tiga meter papan anjal individu wanita pada Ahad.

Dhabitah, 22, berkata tangisan berkenaan secara keseluruhannya adalah bagi menggambarkan rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri terutamanya di sebalik pengorbanan yang dilaluinya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kita sudah tidak hidup seperti dahulu dengan tak boleh luang masa bersama keluarga atau keluar berjumpa rakan. Hanya duduk dalam gelembung sukan dan berlatih saja,” katanya lagi. Pada aksi final berkenaan, Dhabitah terlepas pingat gangsa apabila menduduki tangga keempat.

Dhabitah memperoleh 326.15 mata, hanya dibezakan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa yang dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer. Pingat emas dimenangi penerjun China, Shi Tingmao manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak dengan masing-masing mengumpul 383.50 dan 348.75 mata

‘Senyumlah Nur Dhabitah’ – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasssin mengucapkan tahniah kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang mempamerkan aksi terbaiknya dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu Olimpik Tokyo 2020 hari ini. Muhyiddin berkata, aksi dan tentangan yang dipamerkan Dhabitah dalam final itu adalah amat mengagumkan.

“Biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi anak muda berusia 22 tahun ini nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah. Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Olimpik Tokyo 2020 juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

Beliau berkata, jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. “Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Olimpik akan datang. Senyumlah Nur Dhabitah,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan tangisan penerjun muda negara, Dhabitah sebaik tamat dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu, hari ini sudah cukup menggambarkan keperitan dan cabaran yang dilaluinya hingga mampu mencatatkan keputusan terbaik di Olimpik, Tokyo. Dhabitah dilaporkan berkata, dia menangis bukan kerana gagal membawa pulang pingat namun lebih mengenangkan kesusahan yang dilalui apabila terpaksa berk0rban demi memastikan kehadirannya di pentas Olimpik berbaloi. Sumber : limauasamboi

Chef Wan kritik busana atlet negara di Olimpik Tokyo. Sekali ini penjelasan Chef Wan yang buat dia rasa tak puas hati.

Lain orang, lain pendapat. Begitu juga dengan cef selebriti Datuk Chef Wan yang lantang menyuarakan kritikan peribadi terhadap busana delegasi atlet negara ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun malam tadi sebagai langsung tidak menarik dan kelihatan murahan.

Selain nampak serabut atau cacamarba, Chef Wan turut melabelkan atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu, bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita tersebut seperti badut, disebabkan panduan warna kuning dan merah.

“Pandangan pertama saya, lah tak menarik langsung? Kenapa mereka pakai macam badut. Kuning, merah dan corak geometrik, semak! Kerja menjahit pun nampak tak kemas dan kelihatan murah,” katanya. Cef berusia 63 tahun itu berkata, Malaysia sebenarnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan baju kebangsaan kaum lain boleh diketengahkan kepada dunia.

Saranannya, memandangkan acara tersebut diadakan lima tahun sekali, jadi tidak salah sekiranya usaha lebih diberikan terhadap rekaan kostum atlet negara dengan membuka undian kepada pereka tempatan dan rakyat Malaysia boleh mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah. Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya. Di sebalik ‘hentm4nnya’, cef selebriti itu pada masa sama tidak lupa menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada barisan atlet tanah air demi mengejar misi membrv pingat emas.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara. Sangat berbangga dengan pencapaian dan peng0rbn4n mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Semalam, seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ketika acara pembukaan Olimpik Tokyo lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah. Acara tersebut menyaksikan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton negara, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying. Warna pakaian kontinjen negara diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang dan direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada individu yang telah dikompaun berpunca daripada program bantuan bank makanan. Ini penjelasan dari PDRM.

Polis mengesahkan terdapat pelngg4ran prosedur operasi standard (SOP) ketika pengagihan bantuan bank makanan di Sungai Siput, di sini, yang menyebabkan pemilik perniagaan dan rakannya masing-masing dikompaun RM1,500, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, program berkenaan menyebabkan ramai orang berkumpul dan tiada penjarakan fizikal.

“Beliau (penganjur) sudah ke pejabat daerah untuk memohon kebenaran bagi melakukan sumbangan bank makanan dan pejabat daerah memaklumkan tidak perlu kebenaran kerana konsep bank makanan hanya perlu meletakkan makanan di mana-mana dan orang akan ambil. Namun kesalahan yang dilakukan apabila beliau mengumpulkan orang di lokasi tersebut ibarat pengagihan makanan secara terbuka sehingga melngg4r SOP walaupun pihak polis telah mengarahkan mereka beredar tetapi masih berdegil,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Khaizam mengulas isu yang tular di media sosial mengenai pemilik perniagaan itu yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi dikompaun sehingga mengundang kemarahan dan kritikan warga maya selain menuntut penjelasan pihak berkuasa. Katanya, pihaknya tidak melarang tindakan seseorang untuk menyalurkan bantuan makanan kerana ia satu perkara yang murni terutama ketika negara kini masih lagi dilanda pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu perkara ini dipolitikkan atas tindakan pihak polis kepadanya. Tambahan pula isu yang dibangkitkan ini telah berlaku pada Jun lepas. Saya rasa ini karut kerana setelah sebulan baru hendak bangkitkan,” katanya.

Katanya, pihak terbabit boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah sekiranya percaya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Media sebelum ini melaporkan seorang pemilik perniagaan dan rakannya didenda RM1,500 seorang pada 5 Jun lalu kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika mengagihkan bantuan makanan.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan rakam aktiviti hulur bantuan kepada golongan ini. Kini Alha Alfa dikritik teruk.

Alha memberikan buah pisang kepada seorang Orang Kurang Upaya. Tindakan jurusolek artis Datuk Alha Alfa berkongsi video dia mengedarkan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya  dan peniaga kecil di tepi jalan mengundang kurang rasa senang warganet di laman sosial. Menyedari perkara itu, Alha menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut bukan semata-mata sebaliknya memberi kesedaran kepada orang ramai.

Warganet kurang senang dengan tindakan Alha berkongsi video menghulurkan bantuan kepada orang kurang upaya.

“Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial. Ada juga warganet yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa yang saya buat hari-hari. Secara tidak langsung, apa yang saya kongsikan itu memberi kesedaran kepada orang lain untuk turut bantu sesiapa yang memerlukan bantuan,” kata Alha.

Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah.

Sebelum ini, Alfa memuat naik paparan skrin salah satu komen warganet yang memintanya untuk tidak merakam aksi memberi bantuan tersebut di laman sosial. Biarpun berniat baik, namun tindakan Alha yang memaparkan wajah OKU itu hanya membuka aib dan memalukan keluarga individu itu. Walaupun begitu, kritikan yang diterima tidak akan mematahkan semangat Alha untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan susah.

“Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang… ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kritik pula. Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang untuk bantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya… tayang kereta dan rumah tapi tak nak bantu orang,” ujarnya. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.