Suami mahu fail cerrai dakwa dikhiianati Nadia Brian, Hampir 3 bulan tidak tinggal sama

SELEPAS beberapa kali memberi bayangan, akhirnya suami kepada pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin mengakui rumah tangga mereka kini diambang kehancuran.

Jelas Muizz, 29, segala perkongsiannya di Instagram sebelum ini yang mendakwa dia dikhianati oleh isteri sendiri adalah benar.

Malah, tindakan isterinya yang didakwa sudah melampaui batas menyebabkan dia mahu mengambil keputusan untuk bercerai dalam masa terdekat.

“Perkongsian di Instagram sebelum ini memang benar. Saya dihina, dikhianati dan dianiaya. Saya ada bukti yang cukup mengatakan isteri saya berlaku curang.

Muizz mendakwa sudah hampir tiga bulan mereka tidak tinggal bersama.

“Saya ambil keputusan untuk keluarkan kenyataan sebab dia sudah berlebihan dengan memalukan dan tidak menghormati saya sebagai seorang suami serta keluarga saya.

“Dalam pada masa sama, dia memberitahu orang dalam industri bahawa apa yang berlaku (masalah rumah tangga) merupakan salah saya kerana tak sediakan kehidupan yang dia mahukan.

“Saya benar-benar kecewa. Saya akan failkan perceraian di mahkamah syariah sebab ini pilihan terakhir yang ada,” kata Muizz menerusi aplikasi WhatsApps kepada mStar.

Saya tak pernah halau dia dan dah berkali-kali ajak balik tapi dia tidak mahu
MUIZZ NASRUDDIN
SUAMI

Menerusi laporan mStar pada 30 September lalu, Muizz enggan mengulas mengenai dakwaan aktor Aidit Noh dipercayai menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka seperti yang dilaporkan media.

Muizz juga sebelum ini ada memuat naik gambar dan kapsyen berbaur kekecewaan sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen berhubung status rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, Muiz mendedahkan sudah hampir tiga bulan dia dan Nadia tidak tinggal bersama.

Muizz pernah memuat naik kenyataan di Instagram dengan memberi bayangan mengenai masalah rumah tangganya.

Dakwa Muizz juga, usahanya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka termasuk dengan menghubungi ibu mentua serta keluarga isterinya bagi menyelesaikan masalah mereka juga gagal.

“Status kami sehingga kini masih suami isteri tapi hampir tiga bulan isteri saya tidak tinggal bersama di rumah saya.

“Saya tak pernah halau dia dan dah berkali-kali ajak balik tapi dia tidak mahu… sekarang dia tinggal di rumah ibunya.

“Saya cuba untuk menghubungi ibu dan keluarga dia untuk selesaikan masalah tapi sia-sia. Saya dah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tapi dia tidak memberi kerjasama,” ujarnya.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan balas daripada Nadia gagal apabila aktres itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Muizz dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.

Sumber : Mstar