“Tali Leher Dan Tali Jam Mesra Ramah Untuk Umat Islam” – Ayat Harith Iskandar Siindir Neelofa

Satu demi satu kontroversi menimpa usahawan dan selebriti Neelofa. Selepas isu rentas negeri kini beralih kepada kolaborasi Neelofa bersama jenama selipar terkenal, Fipper. Kali ini netizen ke.coh mempersoalkan selipar tersebut yang dilabel sebagai ‘Muslim Friendly’.

Di laman twitter, tak pasal-pasal selipar ini mendapat ‘free-marketing’ kerana ramai yang berkongsikan isu ini secara meluas. Bukan di kalangan netizen sahaja, isu selipar ”Muslim Friendly’ turut mendapat perhati pelawak dan pelakon, Harith Iskander.

Dengan berkongsi keratan akhbar terhadap isu ini di laman instagramnya, pandangan Harith dianggap melucukan dan bernada sarkastik.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan ini (selipar ”Muslim Friendly’). Mana-mana kawan kepada kaki saya adalah rakan saya. Sekarang saya tahu mengapa saya tidak pernah merasa selesa dengan selipar Jepun saya, mungkin kerana ia tidak cukup ramah (friendly) kepada saya. Saya tidak sabar untuk melancarkan tali leher dan tali jam yang ramah untuk umat Islam.”

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga menyampaikan pandangan masing-masing tentang isu selipar ‘Muslim Friendly’ ini. Ada berbentuk ke.caman dan ada juga memberi komen positif.

Sementara itu, ada sebilangan netizen yang mempersoalkan harga jualannya mencecah RM79.90 sepasang dianggap mahal. Tapi kita kena lah faham, ini bukan selipar biasa yang kita beli di kedai runcit itu ya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw