Bekas Teman Lelaki Alya Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Bekas teman lelaki pelakon Alya Iman yang dikenali sebagai Mahathir Mohd akui telah menyesali kesilapan yang telah dilakukan.

Menerusi Instagram Live, Mahathir memohon maaf terhadap isteri, Penny Salman, keluarga dan juga anak-anak.

“Saya amat menyesal atas apa yang terjadi. Kita semua manusia yang tidak lari dari buat kesilapan jadi saya memohon maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga anak-anak.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya. Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya.

“Bukan semua komen diterima itu negatif, banyak juga yang positif. Syukur alhamdulillah. Saya sekali lagi berterima kasih kepada yang prihatin dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Mahathir turut berpesan kepada netizen yang meninggalkan komen melampau supaya tidak melebihi batas.

Kata ayah kepada dua orang anak ini, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Satu nasihat saya kepada netizen-netizen yang memberikan komen terlalu keras, saya mendoakan kesejahteraan anda semua.

“Tetapi jika anda melampaui batas, saya tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu.

“Sekarang, saya dan juga pihak guaman sedang review komen yang sangat keras di ruangan Instagram (IG) saya dan isteri.

“Kepada sesiapa sahaja yang direct message (DM) isteri saya, f1tnah dan cerita yang telah dilemparkan itu telah mengeruhkan keadaan.

“Tahniah kerana telah berjaya melemparkan f1tnah sebegitu rupa kepada saya dan keluarga,” katanya lagi.

Terdahulu, Alya mengatakan dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Sejurus selepas itu, Alya membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan yang telah dilakukan kerana telah menyak1ti ramai pihak.

Menurut Alya, setiap teguran dan nasihat yang dilemparkan akan menjadikan dirinya lebih matang.

“Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sak1ti.

“Saya terima semua nasihat, k3caman, s1ndiran dan f1tnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya,” tulisnya di Instagram Stories.

Sementara itu, anak kepada kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha berdoa serta berusaha untuk menjadikan kehidupannya diberkati oleh Allah.

“Saya akui saya pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” tulisnya lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak