Didakwa rentas negeri beli karpet, Neelofa & PU Riz mengaku tak bersalah

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) telah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi atas dua pertuduhan iaitu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Menerusi Bernama, kenderaan yang membawa Neelofa dan Haris telah tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi.

Link video : Bernama

Walau bagaimanapun, Neelofa dan PU Riz  mengaku tidak bersalah  atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP)   dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Bernama

Terdahulu Neelofa rentas negeri beli karpet di Nilai 3?

PETALING JAYA – Selebriti sensasi, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video dalam InstaStorynya yang memaparkan dia dan suami, Haris Ismail berada di sebuah kedai karpet.

Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3.

Susulan video berkenaan, nama Neelofa sekali lagi menjadi topik perbulana netizen yang mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

“Tak serikkah? Jangan ditambah jumlah kompaun itu nanti.

“Baru semalam bercakap tentang hendak jadikan semua ini ikhtibar dan contoh lebih baik,” tulis netizen.

Selepas tular, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu dilihat telah memadam kesemua hantaran ketika dia sedang membeli-belah karpet di kedai tersebut.

HASIL risikan ramai, satu hantaran dipercayai pemilik kedai tersebut memberi bayangan pasangan berkenaan berada di kedai yang terletak di Nilai 3 itu.

Turut tular, sekeping foto milik netizen yang sempat merakam momen pasangan berkenaan sedang membeli karpet.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan daripada pihak pengurusan Neelofa berkaitan isu berkenaan.

Terdahulu, Neelofa dan beberapa ahli keluarga lain dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Mac lalu.

Selain itu, kompaun tersebut termasuklah kesalahan salah guna kebenaran merentas negeri atas urusan kerja ke Pulang Langkawi, Kedah baru-baru ini. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: