Bekas kekasih masuk meminang selepas gadis ini ambil masa bertahun2 nak move on

Meskipun sudah lama menyulam cinta dan putus di pertengahan jalan, namun andai sudah ditakdirkan berjodoh tetap bersatu jua akhirnya.

Walaupun bunyinya kedengaran agak tidak masuk akal, begitulah yang terjadi kepada pasangan kekasih ini.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis bernama Siti sempat menceritakan kisahnya yang telah dilamar oleh bekas teman lelakinya sendiri.

Gadis berkenaan menjelaskan hubungan antara dia bersama pemuda yang dikenali sebagai Azri pernah berakhir tiga tahun lalu iaitu pada 2017.

Selepas melalui fasa sedih untuk ‘move on’ daripada kisah cinta silam, siapa sangka rupa-rupanya jodoh mereka masih kuat.

Bukan dilamar kekasih, tapi bekas kekasih!

Alkisahnya sebaik Azri mendapat tahu Siti kembali ‘single’, dia terus masuk meminang. Berkat restu daripada kedua ibu bapa, kini hari bahagia mereka bergelar suami isteri semakin hampir.

Rata-rata warganet berasa gembira dan membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang memberi reaksi sebaliknya kerana bukan semua orang sanggup berjodoh dengan bekas kekasih.

Orang yang betul pada masa yang salah

Inilah namanya jodoh

Orang cakap, kalau dah jodoh tu takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh jumpa juga akhirnya. Moga terus hingga ke jinjang pelamin!

Sumber: TikTok Yayang