Lepas Nama Najib Naik Kena Saman RM3k, Najib Petik Gambar PM Tak Pakai Facemask

Najib Razak akur dengan denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadap kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Bagaimanapun kerelaan itu tidak berlalu begitu saja. Sebaliknya ahli parlimen Pekan itu secara sinis ‘meneembak’ kerajaan yang dirasakannya tidak berlaku adil.

Sambil memuat naik artikel yang berkait dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Najib mempersoalkan apakah tindakan kerajaan terhadap menteri yang melanggar SOP.

“Selepas saya mengaku salah, saya dikompaun RM3,000 sebab melakukan dua kesalahan langgar SOP Covid. Tidak imbas suhu badan, tidak ‘scan’ (imbas) MySejahtera.

“Saya akan bayar kompaun ini. Boss kedai nasi ayam itu pula kena denda RM10,000. Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan.

Mengiringi hantaran itu ialah gambar Muhyiddin memasuki sebuah premis di Putrajaya untuk menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor.

Pagoh itu dirakam berjalan tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu, polis mengeluarkan dua denda berbeza iaitu RM3,000 terhadap bekas Najib kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, manakala restoran nasi ayam yang dikunjunginya dikenakan kompaun RM10,000.

 

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak dikompaun RM3,000 kerana tidak mematuhi SOP ketika makan tengah hari di sebuah restoran nasi ayam terkenal di ibu negara baru-baru ini.

Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng pula didenda RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis namanya dalam buku daftar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, Najib dikompaun masing-masing RM1,500 untuk dua kesalahan, iaitu tidak memeriksa suhu dan mendaftarkan dirinya secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis itu.

Katanya, semua kompaun berjumlah RM13,000 di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Gara-gara makan nasi ayam ‘best’, Najib didenda RM3,000 kerana langgar SOP

“Polis menasihati orang ramai supaya patuh kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 19 Mac lalu, Najib mengakui tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki kedai nasi ayam itu dan meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepadanya.

Dalam sebuah video viral Mac lalu, bekas perdana menteri itu dilihat dibawa ke tempat duduknya, sejurus tiba di kedai nasi ayam itu.

Hanya beliau seorang yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera, manakala pegawainya yang lain ada berbuat demikian.

“Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada ‘double standard’ dalam istilah saya. Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tidak tahulah. Mereka ada dua darjat itu hal mereka. Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya,” tulisnya di Facebooknya dua bulan lalu.

Sumber : asamboi/FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: