Baru je Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Wilayan Persekutuan. Sekali Tun M pula tampil terus kata macam ni pada Shahidan.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menganggap susunan kabinet Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan pagi tadi sebagai mengecewakan. Katanya sesetengah menteri terbabit adalah orang yang dianggap gagal semasa berkhidmat di bawah Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Malah kata Mahathir ada antara menteri yang dipilih Ismail Sabri itu seperti Shahidan Kassim  dirasakan hanya pandai bercakap berbanding melakukan tugas sebagai menteri. Ahli parlimen sebegitu menurut Mahathir juga kelihatan tidak berminat untuk mengawal dan mengurangkan penularan wabak Covid-19 sebaliknya lebih banyak bercakap mengenai politik, termasuk bagaimana menjalin kerjasama dengan parti lawan.

“Semuanya politik, (isu-isu) berkenaan masalah rakyat yang menderita, yang pergi begitu ramai, tak nampak satu pun tindakan diambil atau diberi perhatian oleh mereka. Saya kecewalah dengan kerajaan ini kerana tak ada perubahan selain daripada (seperti) di bawah Muhyiddin dulu,” katanya.

Bekas perdana menteri itu ditanya mengenai pandangannya berkenaan pembentukan kabinet yang diumum Naib Presiden Umno berkenaan jam 11 pagi tadi. Selain Ismail Sabri ada 30 ahli parlimen dan senator dipilih menganggotai kabinet dalam kerajaan yang dibentuk selepas Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Kebanyakan menteri terbabit adalah orang yang sama dipilih Muhyiddin, manakala sebahagian ‘muka baru’ yang dibawa masuk pula ialah ahli parlimen yang pernah menjadi menteri pada zaman BN dulu. Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, Perlis, dilantik mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Annuar Musa (Ketereh) yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan 34 orang lain untuk menjadi timbalan menteri.

Sukar atasi ‘high standard’ Annuar, Ku Nan, kata Shahidan

Menteri Wilayah Persekutuan yang baru dilantik, Shahidan Kassim berkata, rakannya dalam Umno, Annuar Musa dan Tengku Adnan Mansor sudah menetapkan pentadbiran yang “high standard” di kementerian itu, yang memberi cabaran besar kepadanya untuk memberi khidmat lebih baik.

“Saya lihat Annuar Musa dan Ku Nan telah buat terbaik untuk Wilayah…dan saya hadapi masalah bagaimana saya mampu buat kalau tak boleh terbaik pun sekurang-kurangnya sama. Mereka dah set ‘high standard’ untuk Wilayah… saya akan pastikan (beri khidmat) sama rata atau saya boleh buat lebih baik,” katanya kepada FMT.

Mengenai persepsi Jemaah Menteri “kitar semula”, Ahli Parlimen Arau itu berkata, tempoh perkhidmatan seharusnya tidak menjadi isu besar sebaliknya khidmat bakti yang boleh disumbangkan oleh wakil rakyat yang dipilih menganggotai Jemaah Menteri.

“Kalau baru pun, kalau tak boleh bagi sumbangan tak dapat apa. Dengan pengalaman yang saya ada, saya akan beri yang terbaik untuk negara dan rakyat,” katanya. Shahidan yang sebelum ini pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) era pentadbiran Muhyiddin Yassin dilantik menggantikan Annuar yang bertukar portfolio sebagai menteri komunikasi dan multimedia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar menyifatkan pelantikan beliau ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ibarat sirih pulang ke gagang. Beliau berkata, tanggungjawab baharu itu juga adalah kesinambungan tugasnya sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dalam membantu usahawan Bumiputera.

“Pelantikan ini ibarat sirih pulang ke gagang kerana saya pernah memegang jawatan sama ketika pemerintahan Tun Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi). Ini adalah satu amanah yang wajib saya tunaikan terutama sekali pada saat ramai usahawan terkesan dengan kejatuhan ekonomi akibat daripada wabak Covid-19,” katanya. Beliau berpengalaman menerajui kementerian itu antara 18 Mac 2008 hingga 9 April 2009 ketika di bawah pentadbiran perdana menteri kelima. Sumber : Trending Sangat

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. Sumber : hmetro

FRU tampil sekat MP Pembangkang dari masuk kawasan parlimen.

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembngk4ng cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya . Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19. Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Anwar umum perarakan bersurai

10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembngk4ng, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

FRU sekat MP masuki parlimen

10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen – Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen. Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

“Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, ” kata seorang anggota dari atas trak berkenaan. Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu. Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk “daulat tuanku” dan “Muhyiddin undur”.

MP pembangkang mula berarak

10.25 pagi: Dataran Merdeka – Ahli Parlimen pembngk4ng mula berarak menuju Parlimen dari sini. Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak. Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak.

Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka

10.15 pagi: Dataran Merdeka – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembngk4ng. Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.