Akhirnya Jasmin Hamid Tampil Dedah Cerita Sebenar Selepas Didkwa Hanya Pilih Watak Cantik 24 Jam

Pelakon senior, Jasmin Hamid men4fikan d4kwaan segelintir pihak yang sering kali melabelkan dirinya sebagai pelakon yang sentiasa ingin kelihatan cantik di hadapan kamera.

Menurut Jasmin, setiap watak yang diberikan, dia akan membawakannya dengan sepenuh hati mengikut kesesuaian dan tuntutan watak tersebut.

“MAK NGAH GAYAH. Drama #cukupderitaitubysitirosmizah
Sebelum dan selepas lvmpuh. Full make up and naked face.

“Saya maafkan segelintir uols yang pernah berprasangka bvruk bahawa saya jenis seorang pelakon yang nak cantik dan berbulu mata palsu 24 jam.

“Saya berlakon mengikut kehendak watak. Saya akan lakukan setiap watak saya dengan sepenuh hati saya supaya BERKAT gaji yang saya terima,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Jasmin menjelaskan, setiap watak yang diberikan hendaklah dibawa dengan penuh penghayatan agar mesej yang ingin diketengahkan sampai dan menusuk ke jiwa penonton.

“Saya seorang PELAKON bukan RATU CANTIK. Nak jadi seorang pelakon yang bagus, wajib belajar dan tau tentang setiap watak yang diberikan.

“Kalau pelakon itu sendiri tidak RASA, jangan harap penonton dapat RASA apa yang ingin di sampaikan dalam sesebuah karya. Tugas pelakon untuk mencipta RASA,” jelasnya lagi.

Pelakon drama, Derita Untuk Bahagia itu turut menambah, seorang pelakon yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk membawakan apa sahaja watak tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun.

“Kalau seorang Pelakon tu nak sentiasa nampak cantik dan handsome, tak nak bawa watak h0doh, bvsuk, berlendiir mengikut kehendak watak, cari kerjaya lain yang boleh nampak cantik dan handsome 24 jam.

“Jangan r0sakkan karya orang. SORRY JIKA ADA YANG TAK SETUJU DENGAN PENDAPAT SAYA,” akhirinya.

Selain Jasmin, drama sebanyak 40 episod itu turut dibintangi Didie Alias, Ruhainies, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: MH