Doa Orang Teraniaya Akhirnya Termakbul! Hidayah Abam dapat tahu kebenaran

Sebelum ini, isteri kepada Allahyarham Abam iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

Terbaru, Hidayah meluahkan rasa syukur kerana Allah telah mempermudahkan urusannya dan dia sudah mengetahui segala kebenaran mengenai konflik yang berlaku sebelum ini.

Alhamdulillah

View this post on Instagram

A post shared by 🇲🇾Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on

Menurut Hidayah, di hari Jumaat yang mulia ini, dia akhirnya mendapat tahu kebenaran. Oleh itu, dia bersyukur kepada semua pihak yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepadanya. Terdahulu, Hidayah berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu. Tambahnya, pihak mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.

Sebelum ini juga, Hidayah memberitahu bahawa mahkamah menetapkan tarikh bulan ini berhubung tuntutan hadanah. Ini berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.

Doa orang teran1iaya

Rata-rata netizen gembira dan bersyukur selepas membaca posting Hidayah. Menurut netizen, doa orang teran1iaya cepat dimakbulkan Allah. Mereka juga berharap Hidayah kuat dan bersabar dalam membesarkan anaknya Hamzah.

Sumber: Abam Bocik

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OHBULAN