Doa dari Permaisuri Agong sempena Hari Keputeraan Tengku Hassanal buat netizen tersentuh

Pada 17 September 2020 ini, ia merupakan hari keputeraan Tengku Mahkota Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah iaitu anakanda kepada Yang Dipertuan Agong kita, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ke-25 tahun.

Menerusi perkongsian Tunku Azizah di Instagram, baginda telah memuat naik gambar anakanda Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan kuning beserta ucapan khas daripada seorang ibu.

Selain daripada mengucapkan ucapan hari lahir, baginda juga dalam masa yang sama mendoakan supaya anakandanya dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah, beriman dan bermaruah mulia.

“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah. Semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan.

“Murahkan rezeki, sihat walafiat, diberikan petunjuk, taufik dan hidayah… dan yang penting, ditemukan dengan sebaik-baik jodoh, wanita solehah, beriman dan bermaruah mulia…” 

Doa seorang ibu itu kan tiada hijab. Jadi marilah kita sama-sama amin kan semoga Tengku Hassanal beroleh jodoh yang baik tak lama lagi.

Nah gambar-gambar handsome Tengku Hassanal buat tatapan korang semua.

View this post on Instagram

Welcome to the Jungle

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

View this post on Instagram

Salam

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Lobakmerah