“Saya Sangat Berharap Kami Dapat Tinggal Satu Negara” – Aishah Sinclair

Pelakon dan penyampai radio, Aishah Sinclair mengatakan dia dan keluarga akan segera ke Jakarta, Indonesia sebaik sahaja sempadan negara dibuka nanti.

Menurut Aishah, mereka sekeluarga mahu ke negara itu untuk bertemu dengan kakak iparnya, Bunga Citra Lestari (BCL).

View this post on Instagram

When we have each other, we have everything ❤️.. Eid Mubarak!

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

“Sebaik sahaja negara kita membuka sempadan, Insya-Allah saya dan ahli keluarga akan ke Jakarta untuk bertemu BCL.

“Kami mahu terus memberi sokongan kepadanya, jika diikutkan perancangan asal, kami sekeluarga sepatutnya beraya di Jakarta bersama BCL, tetapi apakan daya, kris1s COV1D-19 mel4nda dan kami harus berada di Malaysia,” katanya kepada Gempak.

Aishah juga sempat menceritakan tentang keakraban anak sulungnya dengan anak BCL dan abangnya, Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah.Anak sulung saya juga rapat dengan Noah, mereka berdua sangat gembira ketika bertemu, tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, mereka hanya berhubung menerusi panggilan video sahaja.