Bunyi macam remeh tapi Dr Say dedah isteri terpaksa puasa selagi tak buang angin. Ini keadaan terkini isteri Dr Say.

Umum mengetahui, isteri Dr Say Shazril iaitu Dr Azura telah selamat melahirkan zuriat kedua mereka pada Khamis lalu. Menurut Dr Say, isterinya bersalin menerusi kaedah caesar. Ini kerana, pakar kesihatan memberitahu bahawa berkemungkinan 20 peratus kegagalan akan berlaku jika kelahiran secara VBAC (Vaginal birth after caesarean) disebabkan oleh pembedahan pada perut Dr Azura sebelum ini sehingga ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya.

Semoga dipermudahkan

Di Instagram Story, Dr Say mohon doa agar isterinya boleh pulang segera ke rumah mereka. Ujar Dr Say, sepatutnya hari kedua pihak hospital akan memberi kebenaran buat pesakit untuk pulang ke rumah. Namun, isterinya tidak mendapat kebenaran tersebut. Jelas Dr Say, pakar kesihatan memberitahu bahawa lekatan yang teruk dalam 0rgan dalaman isterinya masih ada. Lekatan tersebut berpunca daripada komplikasi lambat kesan masalah apendiks pecah sewaktu umur isterinya 18 tahun. Oleh sebab itu, isterinya mengalami masalah buang angin sehingga sekarang. Tambah Dr Say, isterinya perlu berpuasa sehingga angin tersebut keluar.

Bunyi macam remeh

Syukur Alhamdulillah bini sudah berjaya buang angin. Ini berita baik. Sebentar tadi, Dr Say memaklumkan mengenai keadaan isterinya. Jelas Dr Say, isterinya sudah berjaya buang angin. Pada masa yang sama, Dr Say menjawab persoalan warganet kenapa perlu tunggu isterinya buang angin terlebih dahulu baru boleh keluar dari hospital. Bunyi remeh tapi selagi tak buang angin tak boleh cabut drip line. Tak boleh makan, tak boleh balik. tak selesa nak menyusu baby. Thank you semua untuk doa. Di akhir perkongsian, Dr Say menjangka isterinya akan pulang ke rumah esok. Sumber: Dr Say Shazril

Lepas tular isu lupa tekan syringe di PPV PWTC. Dr Say pula tampil komen sesuatu ini.

Sejak dua menjak ni, makin banyak kes-kes yang tak diingini berlaku di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Antara yang menjadi bualan hangat adalah apabila, penerima vaksin hanya menerima ‘vaksin angin’ atas kecuaian oleh petugas sendiri. Oleh itu, perkara sebegini membuatkan lebih ramai masyarakat risau dan tak yakin untuk terima vaksin di mana-mana PPV.

Dr Say ‘buka mulut’

Beberapa hari lalu, viral lagi sebuah kisah yang hampir sama di PPV PWTC di mana seorang wanita sempat merakam yang dia diberi ‘vaksin angin’ oleh petugas di sana. Namun kemudian, dia membuat laporan kepada pihak berkenaan dan peroleh suntikan vaksin yang sepatutnya.

Terkejut dengan perkara terjadi, Dr Say Shazril telah beri komen mengenai isu berkenaan di laman Instagramnya.  Pada permulaan perkongsian, Dr Say menyatakan dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tak membenarkan penerima vaksin untuk rakam semasa proses vaksinasi kerana ia akan melambatkan proses. Namun selepas kerajaan membenarkan tindakan tersebut, dia merasakan perkara itu bagus lebih-lebih lagi dengan perkara terjadi di PPV PWTC berkenaan. Sehubungan dengan kes itu, Dr Say terus menghubungi pemilik video berkenaan sebab dia turut bertugas di PPV tersebut pada hari itu.

“Semalam kat PWTC tak ramai orang… nak kata terlupa pun mustahil”

Menurut Dr Say, PPV berkenaan tidak sesak sama sekali ketika wanita tersebut menerima vaksinnya dan itu membuatkan dia mempersoalkan tindakan petugas ketika itu. Oleh sebab itu juga, dia hairan jika penat itu jadi alasan ‘lupa tekan’ syringe sebab kejadian adalah pada waktu pagi. Selain itu juga, dia turut mempersoalkan dan merasakan bahawa ada muslihat lain dengan perkara terjadi dan tak boleh terima dengan alasan diberi oleh petugas tersebut.

“Benda macam ni memburukkan nama Pusat Pemberian Vaksin”

Tambahnya lagi, dia akui bahawa prosedur ditetapkan sedikit leceh namun jika petugas ikut SOP ditetapkan, tiada alasan yang mereka boleh terlupa. Justeru, insiden sebegini jugalah yang akan merosakkan imej sesebuah PPV itu dan secara tak langsung nama baik petugas kesihatan yang lain.

Lepasni sesiapa yang nak cucuk vaksin tu, lebih baik rakam. Bukannya sebab tak percaya, tapi kita lebih berjaga-jaga okay.

Tular keadaan PPV Walk In di Thailand semata mata demi vaksin. Sekali ini respon warganet nak tunggu 1 Ogos ini.

Disebabkan peningkatan jumlah jangkitan wabak COVID 19 lebih daripada 10,000 kes dalam masa seminggu di Thailand, rakyatnya kini sedang dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan vaksin wabak berkenaan. Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ratusan orang awam dilihat berpusu-pusu memasuki pusat pemberian vaksin secara walk-in yang diadakan di salah satu wilayah di negara tersebut.

Bang Sue Vaccination Centre di Wilayah Chatucak, Bangkok ini seharian dipenuhi orang ramai selepas penduduk mengambil kesempatan untuk travel ke ibu negara bersempena cuti umum demi mendapatkan vaksin. Pada asalnya, pusat pemberian vaksin ni katanya untuk walk in warga emas dan penduduk daerah lain yang dah pre-booked sebelum ni. Tapi tiba-tiba pusat ni jadi penuh sebab ramai penduduk dari daerah lain datang ke Bangkok semata-mata nak dapatkan vaksin.

Video :

https://twitter.com/i/status/1419868006331547656

“Berdiri 5 minit pun dah berisiko, inikan pula berdiri untuk 1-2-3 jam” . Malah salah seorang warganet di Thailand juga telah meluahkan rasa kekecewaannya kerana terpaksa menanti berjam-jam lamanya demi mendapatkan vaksin. Situasi itu juga katanya berbahaya kerana ramai yang berdiri berhimpit secara dekat dan dibimbangkan bakal menyebarkan wabak COVID 19.

Berdiri selama 5 minit pun dah berisiko. Inikan pula terpaksa berdiri selama lebih 1-2-3 jam lamanya, dan dalam tidak jelas situasinya,” kata tweet tersebut. Menurut laporan, ada di antara yang hadir siap merayu lagi demi ingin mendapatkan vaksin.

“Harap pemberian secara walk in nanti tak jadi macam ni” 

Video yang viral ini telah mendapat respon warganet di Malaysia yang bimbang pada 1 Ogos nanti situasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan dipenuhi orang ramai kerana diadakan secara walk in.  Ramai yang berharap kerajaan dan pengurusan di PPV bijak dalam mengawal crowd agar situasi tidak berubah menjadi apa yang berlaku di Thailand. Takutnya tengok orang ramai-ramai macam tu. Harap di Malaysia terkawallah situasi.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.