Driver ambulans ini dijemput ilahi ketika sempurnakan tugasnya. Punca permergiannya didedahkan

Pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran gelombang ketiga yang lebih ‘menggla’ sehingga kes positif harian mencecah empat angka.

Sudah pasti petugas barisan hadapan mengalami kepenatan yang berganda memandangkan perlu kembali mengawal penularan ini daripada terus merebak.

Rebah ketika bertugas

Namun, siapa sangka, dalam kekalutan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik, ada di antara mereka ‘gugur’ ketika sedang bertugas.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial pagi tadi, seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah rebah dan meninggl dunia.

Berkemungkinan kerana terlalu penat

Mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54 meninggl dunia dipercayai kerana terlampau penat selepas menghantar pesakit Covid-19 ke hospital.

Namun begitu, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial. Walau bagaimanapun, perkara tersebut pastinya mendukacitakan kerana seorang pentugas barisan hadapan telah tumbang ketika khidmatnya masih diperlukan.

Salam takziah buat keluarga

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa dan mendoakan roh frontliners tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Murni tugas yang disempurnakan sebelum ‘pergi’

Sumber: Viral Perak