DS Anwar buka mulut komen tentang belanjawan 2021, tak sangka ini kenyataan dari beliau

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, tidak mempunyai impak lonjakan yang berkesan bagi memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, selain itu unjuran angka yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga disifatkan membimbangkan.

“Keluhan paling ketara adalah tidak ada satu lonjakan bagaimana kita boleh pulihkan ekonomi dan itu bagi saya adalah kelemmahan besar.

“Belanjawan ini tidak beri gambaran yang boleh rangsang ekonomi agar boleh hidup dan segar. Kedua, tiada penyelesaian masalah pengangguran dan membantu golongan pekerja yang dibuang kerja kerana itu adalah perkara paling besar.

“(Selain itu) Perkara pokok yang akan kita bahaskan Isnin ini termasuk unjuran angka yang dibentangkan yang saya lihat membimbangkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi awal kepada pembetangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar berkata peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) juga terlalu tinggi.

“Perkara kedua adalah (peruntukan) propaganda JASA yang menjangkau lebih RM80 juta berbanding peruntukan untuk orang kurang upaya (OKU) dan rakyat miskin.

“Angka-angka ini kita akan bahaskan dan apabila sudah dibahaskan baru kita dapat lihat secara keseluruhannya… dan bukan sekadar rakyat dapat RM300 atau RM500,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang mengambil kira usul yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan.

Belanjawan 2021 berkonsep Prihatin Rakyat – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen hari ini merupakan terjemahan konsep Prihatin Rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan tekad memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan sama sekali selain meneruskan momentum yang dicapai selepas pelaksanaan pakej ransangan sebelum ini.

“Belanjawan ini juga mencerminkan hasrat dan keperluan rakyat serta perniagaan, hasil maklum balas daripada 6,000 respons yang diterima melalui pelbagai platform dan sesi libat urus.

“Kerajaan telah menggubal sebuah Belanjawan yang berprinsip melindungi (protect) rakyat dan perniagaan dan membantu mereka untuk melonjak kembali (rebound), serta menjamin (secure) masa depan mereka yang lebih berdaya tahan dan lestari.

“Kerajaan sedar bahawa yang paling membimbangkan rakyat adalah kesihatan mereka dan punca rezeki bagi menyokong kelangsungan hidup masing-masing,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.

Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat selepas gabungan berkenaan mengambil alih kerajaan pada Mac lalu.

Tambah Muhyiddin, kesejahteraan rakyat yang turut disentuh dengan peruntukan sebanyak RM28 bilion menerusi bantuan, subsidi dan insentif kepada rakyat dijangka dapat menangani beban kos sara hidup golongan rentan.

Dalam masa sama, beliau berkata, kerajaan juga komited bagi memberi peluang dan mengekalkan pekerjaan, memastikan keterangkuman dan menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

“Bantuan langsung iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dijangka memanfaatkan sejumlah 8.1 juta rakyat dengan peruntukan RM6.5 bilion.

“Kerajaan terus mengambil maklum kebimbangan rakyat tentang kelangsungan hidup mereka, terutamanya dari segi pekerjaan dan punca rezeki. Justeru, kerajaan bertekad untuk mencapai sasaran 500,000 peluang pekerjaan baharu melalui pelbagai program termasuk peningkatan kemahiran dan latihan semula,” jelas Perdana Menteri lagi.

Mengenai Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan beliau, Muhyiddin berkata, semua inisiatif kementerian-kementerian dan agensi-agensi akan diselaraskan dalam pembentukan itu.

Belanjawan 2021 juga, kata Perdana Menteri, mengambil pendekatan bersasar untuk memastikan setiap rakyat mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan.

“Pendekatan bersasar ini diambil kira dalam mengizinkan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP bagi mereka yang telah hilang pekerjaan dan benar-benar terjejas.

“Begitu juga dengan penambahbaikan Bantuan Pembayaran Bersasar oleh sektor perbankan dari segi kelonggaran pembayaran kepada peminjam yang dikenal pasti,” katanya lagi.

Tambah Muhyiddin, kerajaan juga akan memastikan sektor perniagaan dan ekonomi terus didorong melalui pelbagai langkah khusus.

Dalam masa sama, usaha memastikan ketahanan ekonomi negara juga antara fokus kerajaan dalam Belanjawan 2021.

“Prinsip melindungi (protect), melonjak kembali (rebound), serta menjamin (secure) juga adalah bertujuan untuk terus menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Wawasan ini akan menjadi penunjuk arah dasar-dasar kerajaan dalam merapatkan jurang ekonomi, dengan segala hasil kemakmuran Negara dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik dan wilayah,” ujar Muhyiddin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.