Dulu saya teman mereka dating. Nuur Ain tak sangka bersuamikan kekasih kawan baik.

DISATUKAN pada 10 Januari tahun lalu, video perkahwinan pasangan ini yang dikongsi di TikTok meraih lebih 230,000 tontonan. Menurut Nuur Ain Mohd Asri, 25, dia terharu dengan doa yang dititipkan warganet menerusi ruangan komen posting itu.

Pada masa sama, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif khususnya yang memperkatakan mengenai fizikalnya dalam video tersebut.

“Saya terkejut apabila menyedari video itu viral, banyak notification masuk dan saya turut menerima komen-komen dari Indonesia.

“Ramai yang bagi doa dan kata-kata yang baik, saya sangat terharu. Tapi ada juga yang komen negatif mengenai fizikal saya.

“Saya hanya buat tak tahu kerana saya tak kenal mereka, yang komen negatif tu pun tak pernah kenal saya,”. Mesra disapa Ain, dia sebelum ini turut berkongsi video berkaitan isu wanita berbadan besar yang dikatakan sukar memperoleh cahaya mata.Menurut Ain yang kini menetap di Maran, Pahang, soal cahaya mata sangat sensitif dan dia hanya berserah kepada Allah sahaja.

“Selain video kahwin, ada satu lagi video saya yang viral iaitu video mengenai zuriat. Alhamdulillah ramai sebenarnya yang doakan saya.

“Ramai juga yang mesej kongsi petua dan suarakan hasrat nak taja ubat kurus. Pada saya, tak semestinya badan besar tak boleh hamil.

“Memang orang selalu bertanya kalau pergi ke mana-mana memandangkan kami dah lebih setahun kahwin. Ia sebenarnya sangat sensitif.

“Kami hanya berserah pada rezeki kurniaan Allah. Ada juga kami ikhtiar. Kami reda saja kerana ada pasangan yang lebih lama menunggu zuriat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ain mendedahkan dia mula berkenalan dengan suaminya, Norrazmin Ismail, 26, sejak tahun 2010 lagi.Mereka pernah terputus hubungan beberapa tahun sebelum kembali berkomunikasi pada 2019 dan mendirikan rumah tangga pada tahun berikutnya.

Dedah Ain lagi, suaminya sebelum ini pernah bercinta dengan sahabat baiknya sendiri.”Kami kenal sejak tahun 2010. Kemudian kami putus hubungan pada 2016 dan contact semula pada 2019.

“Suatu masa dulu, suami merupakan pakwe kepada kawan baik saya. Kami asal tempat sama, tapi dia sekolah berlainan.

“Kawan saya pun dah kahwin, tapi kami masih baik sampai sekarang. Bila diimbas semula, memang tergelak. Macam lawak pula.

“Dulu saya teman mereka dating, tapi Allah dah tentukan jodoh kami,” ujarnya lagi.Kata Ain, dia dan suami kini bekerja di bawah satu bumbung, dalam syarikat yang sama. Ain bertugas sebagai kerani manakala suaminya merupakan pemandu jentera.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Mstar.

Tak pasal pasal gara gara kongsi foto tanpa makeup isteri Remy Ishak dikritik. Boleh pula ada yang menilainya macam ni.

Sudah tertulis setiap orang yang lahir di muka bumi ini pasti diciptakan berpasangan oleh yang Maha Kuasa. Sudah ramai yang maklum bahawa rezeki, aj4l, m4ut bahkan jodoh itu sendiri sudah ditetapkan sejak kita masih berada dalam kandungan ibu lagi. Tugas kita sebagai manusia hanya berserah dan memohon agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu membawa kita lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta.

Berita gmpar tentang hubungan pelakon hebat Mohammad Zalimei Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak ini telah menggegarkan berita hiburan sejak kebelakangan ini. Siapa sangka bahawa hubungan pertunangan yang pernah dijalin bersama Ezza Yusof dan putus ditengah jalan pada tahun 2019 itu akhirnya telah berjaya membawa pasangan ini dengan ikatan perkahwinan yang sah semalam.

Tidak pernah menampilkan hubungan rapat mereka berdua di khalayak ramai, ternyata berita itu telah mengejutkan ramai orang di luar sana yang meminati sosok pelakon kacak dan hebat ini. Remy Ishak sendiri mengakui bahawa Ezza merupakan perempuan yang baik dan mampu bersamanya di saat suka dan dukanya dalam industri hiburan mahupun kehidupan peribadi.

Walaupun begitu, kedengaran masih banyak kritikan-kritikan pedas dan kurang baik dilemparkan kepada Ezza Yusof kerana tidak berpuas hati mengapa Remy telah memilihnya sebagai isteri. Bukan sahaja itu, mereka di luar sana juga menjadikan rupa paras dan fizikal Ezza yang dikatakan tidak cantik sebagai persoalan kepada perkara itu.

Video :

https://www.instagram.com/p/CS2NbPyp8ua/?utm_source=ig_embed&ig_rid=65c8cd37-12ea-42e4-9556-78df99610ef2

Tetapi masih ramai mereka di luar sana yang tidak bersetuju dengan kritikan yang telah diterima oleh isteri Remy Ishak itu dengan mengatakan bahawa Ezza mempunyai keistimewaan dan ciri khas sendiri sehingga berjaya menambat hati pelakon kesayangan ramai itu. Ezza juga dikatakan mempunyai kecantikan yang alami walaupun tidak memakai sebarang alat solek di wajahnya itu.

Komen Warganet :

Rupa paras tidak harus dijadikan kayu ukur bagi memilih seseorang itu sebagai pasangan hidup kerana rupa paras yang cantik hanyalah sementara. Apa yang penting adalah kebaikan hati kerana itu yang dapat menjamin bagaimana masa depan seseorang itu sendiri. Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli Remy Ishak dan Ezza Yusof ini. Semoga bahtera perkahwinan yang didirikan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: ceritaartismalaysia

 

 

 

 

 

Remy Ishak kelihatan tenang ambil vaksin sampaikan ada pulak petugas vaksin buat macam ni. Peminat akui cemburu dengan petugas vaksin tersebut.

Meskipun jumlah positif harian semakin meningkat, tetapi Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi Covid-19. Pujian juga wajar diberikan kepada golongan artis yang cakna dengan usaha untuk membanteras penularan wabak tersebut. Seronok dapat keluar & tengok ramai berkumpul untuk dapatkan vaksin…terubat rasa rindu mata untuk memandang.

Menerusi video terbaru dimuat naik ke Instagram miliknya, Remy Ishak berkongsi journey mendapatkan dos pertama vaksin tersebut. Gara-gara sudah sekian lama berkuarantin, dia akui berasa teruja serta ‘terubat rindu’ untuk melihat jumlah manusia yang ramai berkumpul di PPV KLCC.

Tenang disuntik vaksin…siap sempat tinjau lagi

Bukan sahaja suasana di sana, hero drama Pujaan Hati Kanda ini turut tidak melepaskan peluang untuk rakam detik dos pertamanya. Sepanjang proses vaksinasi, Remy Ishak kelihatan tenang menuruti setiap arahan frontliner yang bertugas. Malah, dia juga sempat ‘meninjau’ picagari saat vaksin disuntik serta ditampal sticker khas pada bajunya selesai proses tersebut.

Amboi saja kan pegang lama-lama…mimpi indah terus malam tidur ni

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat wanita nampaknya lebih tertumpu kepada pemvaksin tersebut. Selain dapat bertemu depan mata, rata-rata mereka luahkan rasa ‘cemburu’ kerana dia dapat memegang lengan Remy Ishak. Malah ada yang siap berseloroh bahawa semua petugas di situ dapat mimpi indah malam ini.