Tidak mempunyai tanggungan yang besar. Ebby Yus menolak tawaran dua individu yang ingin mendermakan buah pinggang.

BERSYUKUR keadaan kesihatan semakin baik, pelawak Ebby Yus mendedahkan dia menolak tawaran dua individu yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, buat masa ini kesihatannya masih terkawal dan hanya perlu melakukan pemeriksaan setiap enam bulan sahaja.

“Alhamdulillah… tahap kesihatan saya semakin baik. Sebenarnya ada seorang wanita dan seorang lelaki nak dermakan buah pinggang mereka kepada saya.

Ebby (dua dari kanan) melawat gerai minuman Shuk (kanan) untuk memberi sokongan.

“Tapi saya cakap dekat mereka, setakat sekarang ini syukur Alhamdulillah… saya belum memerlukan pemindahan buah pinggang dan boleh bekerja.

“Sekarang saya masih perlu jalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan. Boleh dikatakan saya alami enam peny5kit tapi semuanya masih terkawal,” katanya kepada mStar.Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minuman SemoothNgopi milik pelawak Shuk Sahar di Denai Alam, baru-baru ini. Mungkin sebab saya tidak ada isteri dan anak.

Pada Januari 2019, Ebby mengakui dia menderita pelbagai jenis peny4kit termasuk buah pingg4ng bocor, j4ntung, dar4h tinggi, g4strik, s4raf dan pr0stat sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 20 Mei 2019, Ebby mendedahkan dia menerima tawaran daripada dua individu tidak dikenali yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.

Dalam pada itu, Ebby yang juga penyampai radio Negeri Sembilan FM turut berkongsi mengenai kehidupannya yang tidak terlalu terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Tidak mempunyai tanggungan yang besar, Ebby meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Kehidupan Ebby tidak terlalu terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya nak cakap terjejas untuk diri saya itu tidak la… syukur Alhamdulillah. Mungkin sebab saya tidak ada isteri dan anak.

“Jadi tanggungan dan pembelanjaan tidak terlalu besar… hanya untuk diri sendiri saja. Insya-Allah saya masih cukup makan minum.

“Komitmen saya pun tak ada sangat memandangkan kereta pun sudah jual sejak beberapa tahun lalu. Syukur, apabila pandemik dapat buat kerja dekat rumah.

“Saya ada terima untuk buat ulasan produk di laman sosial selain buat live dari rumah yang turut mendapat bayaran,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Izuan Fitri masih bertarung nyawa daripada sakit ini. Tak sangka dah 5 hari Izuan ditidurkan.


Bintang One Two Jaga dan Munafik, Izuan Fitri, masih bertarung nyawa tidak sedarkan diri sejak 31 Julai lalu selepas diser4ng s4wan berikutan sakit batuk kering yang dihidapi. Abang kembarnya, Izuan Fikri, 19, berkata, doktor di Hospital Selayang perlu menunggu keputusan imbasan CT-Scan sebelum melaksanakan prosedur operasi bagi memulihkan kesihatan pelakon itu.

“Selepas diserang s4wan lima hari lalu memang Izuan langsung tidak sedar. Keadaannya seperti orang tidur apabila masih boleh batuk-batuk kecil, menggaru atau beri reaksi jika disentuh. Doktor maklumkan, kum4n t1bi dalam badan merebak melarat sehingga menyerang bahagian otak,” cerita Fikri.

Menurutnya, pelakon itu mulanya mengadu sesak nafas dan kebas tangan dan kaki kanan sebelum diserang s4wan dan dihantar ke hospital. “Sekarang kami masih menunggu keputusan imbasan. Jika operasi itu lebih banyak mendatangkan risiko tinggi, doktor mungkin meneruskan pemberian ubat dahulu. Buat masa ini kami harapkan doa supaya dia dapat sedar semula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Khabar mengejutkan mengenai pelakon yang turut membintangi filem Munafik itu dikongsi beberapa rakan dalam industri seni yang sama-sama mendoakan kesihatannya. Berkongsi keadaan adiknya lagi, Fikri berkata, anak bongsu daripada tujuh bersaudara itu hanya mengetahui dirinya menghidap t1bi selepas mendapatkan rawatan doktor beberapa bulan lalu. Katanya, Izuan kerap mengalami gejala batuk, demam dan sakit dada tetapi menganggap itu sakit biasa selain hanya menjalani pemeriksaan lebih lanjut apabila dipaksa keluarga untuk bertemu doktor.

“Sebenar dua, tiga bulan lalu dia sudah dimasukkan ke hospital. Lama juga dia ditahan dalam wad ketika itu. Dari situ baru kami sekeluarga tahu dia mempunyai penyakit batuk kering. Daripada pemeriksaan dan simptom awal, doktor maklumkan sakitnya mungkin bermula sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu dua tahun lalu. Tahap kesihatannya tampak semakin meningkat selepas mendapatkan ubat malah turut patuh mengikuti segala saranan doktor demi memastikan dirinya kekal sihat. Semuanya okay sampailah kejadian sawan pada 31 Julai lalu. Itu adalah kali pertama berlaku. Doakan semoga Fitri sihat semula seperti sediakala,” katanya yang menemani kembarnya itu di wad.

Berita mengejutkan tentang Izuan turut dikongsikan ibunya, Nor Abdul Rani. Hanya menerusi perkongsian dalam Facebook, ibu tunggal itu berharap doa dari semua pihak agar anak bongsu kembali sedar dan dapat pulih seperti biasa.

“Tak terhingga doa berterusan untukmu anakku. Bangunlah anak, berjuang dan terus berjuang melawan keganasan virus jahat dalam tubuhmu. Bangkitlah anakku, bangunlah dari lenamu. Mohamad Izuan Fitri, anak ku tersayang bukakan matamu. Senyumlah dengan penuh keindahan,” tulis Nor Abdul Rani menerusi hantaran dalam facebook miliknya.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah senior, Sabri Yunus menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya menganggap pelakon tersebut sebagai ‘permata’ yang mempunyai bakat besar dalam industri.

“Izuan Fitri, pelakon remaja yang berbakat besar. Dia Butak yang degil dan berani. Seorang yang nakal dan budiman. Dikhabarkan berita duka bahawa Izuan kini sedang berjuang dengan hidup di hospital Selayang. Mari berdoa untuk adik ini. Dia berjuang melawan kuman tibi yang bersarang hingga pada otaknya,” tulis Sabri menerusi satu hantaran di laman Facebooknya .

Sepanjang pembabitan dalam arena lakonan, pelakon Butak itu pernah menjulang meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.