Video Elizabeth Tan kongsikan 50 peratus pendapatan bulan ni pada yang memerlukan.

Terkenal dengan imej kurang sopan dan kerap ‘mengiurkan’ mata yang memandang, rupanya penyanyi dan juga pelakon cantik, Elizabeth Tan mempunyai hati yang murni. Mana tidaknya, menerusi Intagramnya dia telah memuat naik video dengan memaklumkan akan memberikan 50% daripada pendapatannya bulan ini kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CQ2dMGIlkbG/

Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy mengakui yang dia tidak mampu untuk membantu semua orang, namun meminta keluarga yang benar-benar memerlukan supaya menghubunginya melalui direct message (DM).

Dalam pada itu, penyanyi lagi Knock Knock tersebut berharap mereka yang menghubunginya nanti supaya jujur dalam meminta bantuan kerana ramai keluarga tidak berkecukupan dan memohon agar tidak ada yang mengambil hak orang-orang susah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan memuji usaha murni yang dilakukan Lizzy melihat ramai orang susah ketika ini. Kesediaannya berkongsi separuh daripada pendapatan bulanan membuatkan orang ramai berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada penyanyi berkenaan di ruangan komen Instagramnya.

KOMEN WARGANET:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : OMM via https://www.news.allmhi.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Elizad terkejut bila tiba tiba Raja Permaisuri hubungi dan beri kata kata semangat. Rupanya Tuanku pun pernah buat ivf sampai 17 kali.

 

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.

Berkongsi detik gembira tersebut di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu tersentuh hati apabila Tunku Azizah berkenan membaca kisahnya yang didakwa mempunyai masalah gangguan kesuburan.

“Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya. “Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2,” tulis Elizad.

Pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu berkata, Raja Permaisuri turut berkenan berkongsi pengalaman baginda yang menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali sebelum disahkan hamil.

“Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. “Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh2 keibuan,” luahnya.

Tambah Elizad, dia tiada niat untuk menghebohkan mengenai perjalanan dalam melakukan proses rawatan IVF sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman kepada wanita yang turut berdepan masalah sama.

“For those yang kritik & cakap “ nak buat anak pun nak bising2 “. Untuk pengetahuan semua, my intention sharing my IVF journey… “…is only for those TTC squad to get more information. Not to be afraid or malu berjumpa dengan pakar,” ujarnya.

Minggu lalu, Elizad yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga kecewa apabila dihina dan dikatakan mandul oleh seorang pengguna laman sosial sebelum membuat laporan polis.

Sumber: Instagram Siti Elizad

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas dikritik Elizad tampil kongsikan foto terbaru dengan berbaur positif. Sekali rupanya munculnya petir sebab Tuhan nak bagi pelangi.

 

Setelah melalui episod duka dikritik dan sewenang-wenangnya digelar m4ndul, pelakon dan pengacara Siti Elizad kini kembali bangkit menjalani kehidupan seperti sediakala. Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin berkongsi beberapa keping foto terbarunya dengan kapsyen berbaur positif.

“New week (mingggu baharu), new ‘vibes’ dan new goals (matlamat baharu). Thank you all for your support and prayers (terima kasih untuk semua doa dan sokongan anda). Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupanya Allah nak bagi pelangi,” tulisnya.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Teman Lelaki Upahan itu bagaimanapun tidak memperincikan apakah yang cuba dimaksudkan ‘pelangi’ dalam perkongsiannya. Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mendoakan kebahagiaan penyampai radio Sinar FM itu dan memintanya untuk terus kuat mengharungi kehidupan mendatang.

“Untuk jadi manusia lebih baik, kita perlu lalui macam-macam pengalaman, Moga dengan itu, kita lebih dekat dengannya, Insya-Allah,” tulis warganet. Terdahulu, selain digelar m4ndul, Elizad juga dikritik dengan kata-kata kesat dan tidak solat oleh individu tidak dikenali berikutan belum dikurniakan zuriat sejak enam tahun mendirikan rumah tangga.

Rentetan daripada itu, dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut disifatkan telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri. Sebelum ini, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November. Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Isu pelakon Siti Elizad dikatakan mndul. Sekali ini penjelasan doktor pakar sakit puan.

Isu pelakon dan pengacara Siti Elizad dihina dengan perkataan ‘mandul’ kerana belum berjaya hamil baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai warganet dan pelbagai pihak.