Pkp dilaksanakan sejak 1 jun tapi kes masih tak turun lagi. Elizabeth Tan pelik siapa yang salah bila kes tak turun.

Beberapa hari lagi, genap sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan selepas bermula sejak 1 Jun lalu. Meskipun pergerakan rakyat disekat, kes positif harian dilihat tetap mencatatkan empat angka sehingga ramai meluahkan perasaan di media sosial.

Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau mesra dipanggil Lizzy yang mempersoalkan keberkesanan ‘lockdown’ di negara ini. Menerusi posting di Instagram, penyanyi berusia 28 tahun itu juga bimbang makin ramai individu akan terjejas terutama dari segi pendapatan jika ‘lockdown’ berlanjutan yang belum menemui jalan penghujungnya.

“Lizzy tak faham, kenapa dah lockdown pun kes masih tak turun. Ini salah siapa? Salah kerajaan? salah rakyat? “dan Lizzy marah sebab selagi “lockdown” ini tak habis, makin ramai hidup orang terjejas.

Jadi macam mana, ini semua salah siapa?” soal penyanyi lagu Semua Sudah itu. Jarang berkongsi rasa kecewa, posting tersebut menerima pelbagai reaksi peminat dan pengikutnya yang menulis berdasarkan pendapat masing-masing.

Salah siapa?

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, sebanyak 6,437 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai sangat yang mengeluh apabila PKP dilanjutkan. Sekali boleh pulak nak tukar nama lain.

Fasa 1 kawalan pergerakan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Perdana Menteri, ketiga-tiga indikator itu ialah meliputi jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi.

“Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang ni dah nak tamat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mulai sekarang ini kita tak sebut PKP, kita sebut kita berada di fasa. Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” kata Perdana Menteri selepas melawat Pusat

Pemberian V4ksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini pada Ahad. Jelas Perdana Menteri lagi, fasa pertama ini akan terus dilaksanakan sehingga kerajaan mencapai nilai ambang yang ditetapkan.

“Kita masih di fasa pertama dan fasa pertama ini kita akan lanjutkan sehingga mana kita telah mencec4h nilai ambang. Ia termasuk kes di bawah 4,000, kes di Unit Rawatan Rapi sudah turun dari paras teruk dan masalah vaksinasi yang akan ditingkatkan,” katanya.

Perdana Menteri menambah, peralihan fasa-fasa tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dapat dipatuhi. Tegas Muhyiddin lagi, dalam masa sama, langkah-langkah untuk kawalan kepada masalah penyakit dan wabak masih berterusan.

“Umpamanya, di Selangor kita beri perhatian khusus kerana Selangor dilihat terkesan besar kerana kes-kesnya lebih 1,000, semalam 2,000 dan sebagainya. Jadi, sebab itu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan (Menteri Kanan Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah umumkan kawasan-kawasan di Selangor akan diberikan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang lebih ketat di kawasan-kawasan yang diumumkan. Kenapa begitu, antara kes yang banyak berlaku ialah di Selangor seperti tempat kerja, kediaman ataupun dalam komuniti. Banyak telah berlaku begitu, kalau kita nak menurunkan kadar kes ini kita perlu memberi perhatian dalam kawasan-kawasan sebegini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, beberapa langkah susulan lain dijangka dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kes di seluruh negara dapat diturunkan. Melalui PPN, kriteria peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 adalah kes harian C0VID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi  berada pada tahap sederhana; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Peralihan ke Fasa ketiga pula akan berlangsung selepas purata kes harian tidak lebih 2,000, kapasiti Unit Rawatan Rapi mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapat dos vaksin penuh. Ia dijangka dapat dicapai pada bulan September. Manakala, Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian C0VID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

4 fasa Pelan Pemulihan Negara, 3 indikator utama jadi panduan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat. Ujar beliau, setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan C0VID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian. Indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Indikator ketiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntik4n v4ksin,” ujar beliau. Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri bertajuk Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan fasa pertama: Pelaksanaan PKP Menyeluruh – yang sedang dilaksanakan sekarang dalam keadaan bilangan kes C0VID-19 adalah tinggi, sistem kesihatan awam di tahap kritikal dan kadar pencapaian v4ksinasi yang masih rendah.

“Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian C0VID-19 menurun di bawah 4,000 kes. Antara lain sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP hanya akan dilakukan setelah purata kes harian C0VID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

“Semasa Fasa 2, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis; pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara untuk memastikan peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP, beberapa indikator perlu dipenuhi iaitu purata kes harian C0VID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes; sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi ke paras mencukupi; dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntik4n v4ksin.

Semasa Fasa Ketiga, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan j4ngkitan C0VID-19 atau melibatkan keramaian.

Selain itu, sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua; dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat, termasuk pembukaan semula Parlimen.

Tunggu Kes Harian Bawah 500 kes

Menurut beliau, peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian C0VID-19 menurun ke paras bawah 500 kes. “Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi dan 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntik4n v4ksin,” katanya.

Jelas Muhyiddin, Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana rakyat seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian. Selain itu, semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang luah tidak puas hati bila PM umum sahaja PKP dilanjutkan lagi. Sekali rakyat gesa kerajaan untuk tutup sektor ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penular4n wab4k Cov1d-19. Susulan itu, platform media sosial dipenuhi dengan suara hati rakyat yang kec3wa dan mar4h dengan keputusan kerajaan. Antara hashtag yang trending di laman Twitter adalah #KerajaanZ4lim, #KerajaanPembvnuh dan #KerajaanBang***.

Rata-rata pengguna mengg3sa kerajaan untuk menutup kilang-kilang yang masih beroperasi kerana dilihat menyumbang kes j4ngkitan tertinggi. Ada segelintir wargamaya yang kelihatan meluahkan rasa pen4t kerana Malaysia masih berada di takuk yang sama selepas melihat jumlah kes harian Cov1d-19. Anda boleh lihat antara sebahagian pandangan dan respon warganet di bawah.

 

 

Terdahulu, kerajaan sekali lagi mengumumkan akan memberi bantuan berskala besar kepada rakyat Malaysia. Menurut Muhyiddin, pengumuman bantuan menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat akan diumumkan pada Isnin atau Selasa ini

Sumber : viralmy

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang masih belum dapat jawapan keputusan lanjutan PKP 3.0 ini. Sekali Ismail Sabri tampil umumkan.

Hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijalankan, nampaknya keputusan lanjutan atau sebaliknya bakal diumumkan pada harini. PKP 3.0 yang dijangka bakal tamat 28 Jun ini bakal diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk pengetahuan, sebelum ini kerajaan Malaysia memaklumkan PKP fasa pertama akan berakhir sekiranya Malaysia mencatatkan 4,000 kes dan ke bawah selama tujuh hari berturut-turut. Melihat kepada situasi semasa berkemungkinan PKP 3.0 fasa pertama ini bakal dilanjutkan lagi.

Dalam pada itu, tular berita di mana PKP 3.0 bakal diteruskan lagi sehingga 12 Jun 2021 walau bagaimanapun telah dinafikan oleh pihak Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai berita palsu.

Diharapkan dan didoakan agar orang ramai dapat mengikut SOP dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 agar orang ramai dapat menjalani kehidupan yang normal semula.

Sumber: vocket

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai tertanya tanya pkp 3.0 sambung atau tidak. Sekali ini yang Perdana Menteri cakap buat ramai yang terkejut.

Selepas berminggu-minggu duduk di rumah, pasti ramai tidak sabar untuk mengetahui adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan ataupun tidak, bukan? Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum tarikh penguatkuasaannya pada 28 Jun ini, sama ada disambung atau beralih ke fasa seterusnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana keputusan yang dibuat perlu berdasarkan pelbagai data dianalisa oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

“Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih sebelum pengumuman rasmi dibuat,” katanya semalam.

Muhyiddin berkata, perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri bagi menilai keadaan semasa pandemik negara. Terdahulu, kerajaan melaksanakan PKP 3.0 berkuat kuasa 1 Jun hingga 14 Jun (fasa pertama) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.