Penyanyi Ernie Zakri menafikan khabar angin dirinya kini sedang berbadan dua.

Jelas Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dia memohon doa yang baik dari orang ramai dan menghormati situasinya yang baru kehilangan ibu mentuanya pada Ahad lalu.
“Siapa saja yang berkahwin yang tak nak timang cahaya mata? Memang itu perancangan kami. Selepas berkahwin kami nak sangat cepat-cepat dapat anak.

“Apa yang mampu saya katakan buat masa ini, dalam keadaan kami sekeluarga sedang bersedih, tolong doakan saya dapat timang anak cepat-cepat. Semoga ada rezeki untuk saya ada anak bersama Syamel,”.