Erra Fazira tampil dedahkan pengalamannya berkahwin selama ini. Ini penjelasan Erra soal anaknya.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular cantik Erra Fazira yang banyak menghiasi drama dan filem tempatan seketika dulu, lakonannya yang bersahaja dan dapat menghayati watak yang diberikan ny4wa membuatkan beliau terus jadi buruan penerbit filem..

Baru-baru ini, pelakon cantik yang tidak dimamah dek usia ini ada dijemput untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria. Pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.

“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam bertunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran.. Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan.. Itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.

Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran.

“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya..gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’. Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek.. Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sed1hnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis. Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas berpisah yang telah menyentuh hati penonton.

“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorb4n untuk kebahagian anak. Yang penting anak bahagia. Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan s4kit. Jadi dalam hal ini, saya s4kit tak apa, asalkan anak saya bahagia. Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra.

Lantas, para peminat juga turut berasa sed1h setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.

VIDEO:

https://youtu.be/xpMN8agMIp0

Sumber : Mediaportal.com.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bermacam isu kesusahan rakyat sepanjang pandemik dan ada jugak orang kayangan yang cuba buat sombong. Sekali ini pesanan Erra Fazira buat ramai yang setuju.

Ketika negara berdepan dengan banyak isu kesusahan rakyat seperti kempen bendera putih yang tidak diakui sesetengah pemimpin, aktres Erra Fazira menerusi Instagramnya tampil berkongsi sebuah video teguran berhubung sikap sombong manusia.

Video berdurasi 1.55 minit tersebut memaparkan pelakon dan pendakwah terkemuka Indonesia, Oki Setiana Dewi berbicara tentang perihal sikap manusia sombong yang tidak disukai Allah SWT.

“Pernah bertemu dengan orang sombong? Atau pernahkah diri menjadi seorang yang sombong? Apa itu sombong? Sombong adalah ketika engkau menolak kebenaran dan merendahkan orang lain. Kesombongan itu membinasakan. Kesombongan engkau berasa lebih tinggi daripada orang lain. Seharusnya kita berfikir, sombong itu untuk apa?” kata Oki.

Pada ruangan kapsyen, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 47, berkata, ada kalanya manusia mungkin alpa dengan apa yang Allah pinjamkan sehingga terbit perasaan mendongak ke langit dalam diri.

“Kadangkala mungkin kita alpa dengan apa yang Allah pinjamkan. Terpukau dengan apa yang dibentangkan. Terhanyut dalam derusan nikmat dunia. Mungkin sedikit jentikan, bisikan dan teguran boleh menyedarkan jiwa-jiwa yang terapung. Terima kasih atas perkongsian ini,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat respons positif daripada pengikutnya yang berterima kasih kepada Erra kerana berkongsi nasihat baik untuk dijadikan pengajaran. Malah tidak kurang juga yang memuji bintang filem Polis Evo itu yang cukup terkenal dengan sikap yang baik dan tidak pernah menyombong diri.

Dalam minggu ini sahaja, pelbagai isu panas timbul dalam kalangan masyarakat berkenaan penganjuran kempen bendera putih yang menyaksikan ramai rakyat terjejas terpaksa meminta bantuan demi meneruskan kehidupan.

Biarpun kempen tersebut dilihat sebagai satu tindakan rasional untuk membantu golongan memerlukan, tetap ada pihak yang menyuarakan rasa tidak setuju termasuklah segelintir pemimpin negara sendiri.

Terbaharu, jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida dikritik apabila menganggap segelintir pihak yang mengangkat bendera putih sebagai kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat naik video rutin harian challenge dengan anak. Sekali apa yang anak dia kantoikan rutin sebenar Erra Fazira buat ramai yang terhibur.

Muat naik video rutin harian challenge dengan anak. Sekali apa yang anak dia kantoikan rutin sebenar Erra Fazira buat ramai yang terhibur.

Setiap kali selebriti terkenal, Erra Fazira memuat naik video kebersamaan dengan anaknya, Engku Aleesya pasti jadi perhatian ramai. Ramai yang terhibur. Kali ini, pelakon tersebut turut serta membuat #rutinharianchallenge bersama anaknya membuatkan ramai terhibur.

Mana tidaknya, Engku Aleesya dengan spontan telah membuat mimik muka tidak percaya dengan rutin harian yang disebut oleh ibunya kerana tidak seperti realiti sebenar. Mummy bangun subuh lepas tu tidur balik

Paling mencuit hati sudah tentu pengakuan Erra yang mendakwa akan terus ke pasar selepas bangun solat subuh sekitar jam 6 pagi. Muka Aleesya terus berubah dan membocorkah rahsia bahawa ibunya akan duduk sebentar dalam sepuluh hingga ke 15 minit

selepas solat subuh dan kemudian sambung tidur sehingga jam 10 pagi.. Gadis manis berusia 12 tahun itu turut memaklumkan yang ibunya tidak pergi pun berjogging dan dia hanya makan roti atau sarapan yang sedia ada sebelum mengikuti kelas online.

Habis rutin harian mak dibongkar

Perbualan comel mereka berdua pun tular dan mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan tindakan Aleesya yang membuat ‘kantoi’ ibunya dengan rutin harian yang sama sekali tidak dilakukan itu. Mereka juga turut memuji kebersamaan Erra Fazira dan anaknya, Engku Aleesya yang sangat sweet dan cantik serta akrab sekali dengan ibu tersayang. Bagus Erra ajar anak jujur hahaha

https://www.instagram.com/p/CQc88ZinKmW/

Sumber: Instagram @errafazira, OMM, MSTAR, SAMSONSTUDIOS

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes jangkitan positif covid 19 makin meningkat. Sekali ini pesanan pada Erra Fazira pada kerajaan dan rakyat.

Melihat jumlah kes jangkitan Covid-19 yang tinggi setiap hari, menggusarkan hati ramai orang termasuklah pelakon dan model terkenal tanah air Erra Fazira. engan perintah berkurung ataulockdown yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 ini, Erra memberi pesanan ringkas mengenai hal ini.

Amalkan Lockdown Sehabis Baik – Erra

Pelakon jelita ini memuat naik foto dan video di akaun Instagramnya semalam, bersama anak perempuan kesayangannya Engku Aleesya. Di dalam video yang di muatnaik itu, Erra memohon agar semua orang duduk di rumah, tidak keluar rumah jika tiada keperluan dan ikuti perintah berkurvng ataulockdown yang telah kerajaan tetapkan dalam tempoh masa ini.

“Harap semua orang amalkan lockdown sehabis baik. Moga kali ini beroleh kejayaan buat Malaysia dan selepas lockdown pula, kita semua wajib teruskan amalkan kendiri! Kalau tidak, pusing-pusing benda yang sama.” Kongsi Erra di Instagram

Berhenti Menunding Jari

Bukan itu saja, Erra juga memberi pandangan agar kerajaan lebih aktif dalam memberi vaksin kepada rakyat dan dalam masa yang sama Erra turut meluahkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas usaha dan pelbagai langkah yang diadakan bagi membantu rakyat.

Manakala pesanan Erra untuk rakyat pula adalah, agar rakyat berhenti bersikap menyalahkan dan menunding jari kerana semua itu tidak membantu atau menyumbang sebarang kebaikan.

“Kepada kerajaan, semoga lebih aktif dan efisyen dalam menyelenggara vaksin untuk rakyat. Dan terlebih dahulu terima kasih kerana memikirkan cara-cara untuk bantu rakyat di saat kritikl ini.

Kepada segelintir rakyat, hentikan menunding jari. Kita jaga kita! Menunding dan menyalahkan, tidak membantu untuk kita menjadi manusia positif yang menyumbang kearah kebaikan.” Kata Erra di Instagramnya

Pesanan Erra Untuk Semua

Ibu kepada Aleesya ini memesan agar semua orang ambil peduli dan masing-masing bertanggungjawab untuk menjaga diri dan keluarga, bagi memutuskan rantaian jangkitan dengan mendaftar dan mengambil vaksin agar semua orang mendapat imuniti.

“Yang masih berdgil, semoga ada akta baru untuk mereka salurkan tenaga dan semangat dgil mereka dalam aktiviti dan tugasan kemasyarakatan. Yang belum berdaftar, tolonglah mendaftar dan HADIRKAN diri untuk vaksin. Tolong. Kita nak Malaysia capai imuniti keseluruhan.

Andai tidak mengerti, tolonglah bertanya kepada yang arif dan bertauliah. Kita sangat-sangat perlu pulihkan Malaysia mentl dan fizikal!! (Jika kamu tahu apa yang saya maksudkan).” Kongsi Erra di Instagramnya

Betul apa yang dikongsikan Erra ini, jika mahu putuskan rantaian Covid-19 kita semua harus main peranan dan bertanggungjawab mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang tempoh berkurvng ini dijalankan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : murai.my