Keluarga Buka Cerita Anggota Tentera Didakwa Bvnuh Diri Lari Dari Kem

Ahli keluarga kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang did4kwa cuba membvnuh diri dengan terjvn dari tingkat 3 bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat 29 Ogos lalu, mahu siasatan kejadian tersebut dijalankan dengan adil.

Menurut Berita Harian, ahli keluarga Allahyarham Abdul Aziz Aznam, 20, memberitahu yang terdapat parvt di wajah manngsa selain dalam keadaan tidak terurus ketika dia pulang ke rumah keluarganya di Ipoh, Perak pada Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian

“Parvt lvka berkenaan dipercayai akibat digosok dengan berus besi dan manngsa did4kwa sering kali ditvmbuk ketika berada di kem.

“Arwah lari dari kem sebab tak tahan kena ‘ragging’ dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus.

“Arwah ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan leb4m-leb4m lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu,” kata sumber.

Dihantar ke kem dalam keadaan sempurna tetapi… 

Pun begitu, arwah katanya secara suka rela telah pulang ke kem semula pada 28 Ogos dan sehari selepas itu dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Ahli keluarga sudah menasihatkan manngsa supaya pulang semula ke kem dan dia pun suka rela melakukannya.

“Arwah dihantar ke kem berkenaan dan waktu itu keadaan kesihatannya baik dan sempurna.

“Keesokan harinya, kira-kira 3 pagi saya dan ahli keluarga dihubungi seorang pegawai tentera yang memaklumkan Allahyarham jatuh dari bangunan tingkat tiga di kem.

“Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pada jam 12 tengah malam manngsa dibawa ke hospital kerana mengalami keceder4an p4rah di bahagian kepala dan dada serta dalam keadaan kritikal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Abdul Aziz Aznam bersama ibunya

Selepas mengetahui kejadian yang berlaku, mereka sekeluarga bergegas ke ICU HSNI untuk melihat keadaan manngsa.

“Ahli keluarga terus membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan mengharapkan pihak ATM bertanggungjawab untuk membuat tindakan lanjut.

“Ahli keluarga meminta pihak hospital membuat laporan perubatan yang telus ke atas manngsa yang dipercayai dibvli, d3ra dan berlaku kh1anat ketika manngsa berada di kem tentera berkenaan,” katanya lagi.

Sumber: Facebook

Setakat ini, pihak polis masih membuat siasatan dari semua aspek untuk mengenal pasti punca manngsa mengambil tindakan terjvn dari tingkat 3 tempoh hari.

Semoga kes ini dapat diadili dengan sebaiknya.

Sumber : Lobakmerah