Dah banyak sangat kes masalah stres yang melampau. Sekali Fazura tampil beri perkongsian cara kita atasinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Fazura berkongsi tip tersebut selepas ditanya pengikut mengenai pandangan peribadinya tentang bagaimana untuk menangani masalah kemurungan umumnya ketika pemularan pandemik Covid-19 kini.

“Sejujurnya saya tak berapa tahu tahap dan jenis-jenis sakit tekanan yang teruk ini yang dihadapi seseorang. Nasihat saya bagaimana untuk tangani sakit ini adalah dengan banyakkan solat dan mohon kepada Allah. Itulah cara terbaik untuk kita dapatkan semula harapan dan semangat,” katanya.

Pada hantaran sama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, berkata, walaupun ada yang dibuang kerja dan ramai terkesan, pastikan terus bangkit dan cari jalan untuk selalu kekal positif.

“Bila kita sedih dan stres, kita macam tak percaya pada Tuhan, tapi itulah pentingnya tawakal. Mungkin ini kedengaran agak klise, tetapi itulah cara paling berkuasa yang kita boleh lakukan buat masa ini,” ujarnya lagi.

Kelmarin Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah tekanan yang teruk disahkan telah tiada selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Butterworth, Pulau Pinang. Hasil siasatan, lelaki berusia 26 tahun itu bertindak terjun dari pangsapuri tersebut disebabkan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu selepas perniagaan yang diusahakan gagal dan mengalami kerugian.

Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Fazura muat naik banyak gambar macam ni. Sekali warganet mengharapkan Fazura terus istiqomah.

Kerap tampil mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Nur Fazura terus mengund4ng perso4lan dalam kalangan peminat sekiranya dia dalam proses untuk berh1jrah. Meninjau ke beberapa posting di laman Instagram, ramai menyambut baik penampilan Fazura dan mend0akan pelakon berusia 38 tahun itu agar berhij4b sepenuhnya.

Untuk makluman, sebelum ini pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu hanya memakai h1jab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun. Jadi agak berbeza kali ini apabila dilihat terus berpenampilan begitu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan atau pengumuman daripada Fazura mengenai perkara tersebut sebaliknya warganet terus teruja dan memuji kecantikan pelakon tersebut.

Fazura berkahwin dengan aktor pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lapan bulan.

Sumber : DNQ.PW

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Disebabkan Aeril Zafrel kerap TikTok dengan Hayla sekali ada pula yang bertanyakan anak lelakinya. Dengan tenang Aeril tampil dedahkan sesuatu soal anak lelakinya.

Keluarga selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama tiga orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa dan Aya Soffya sering menjadi perhatian ramai. Pasangan sama cantik sama padan ini bersama tiga cahaya mata comel itu mengundang ramai seronok mengikuti perkembangan mereka sekeluarga yang bukan sahaja Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sahaja yang sporting malah anak-anak mereka juga.

 

Walau bagaimanapun, nampaknya selepas Aeril Zafrel memuat naik video TikTok terbaharu bersama anak keduanya, Hayla mengundang tanda tanya mengenai anak lelaki, Attar pula. Bagi sesetengah peminat Aeril Zafrel akui merasa tertanya-tanya mengenai hal itu berikutan lebih sering melihat dia bersama anak perempuannya.

Sehubungan Aeril Zafrel memuat naik satu rakaman video baharu dia bersama Hayla membuat rakaman TikTok bersama, peminatnya mengutarakan pertanyaan terbabit diruangan komen menerusi posting terbabit. Pun begitu, Aeril Zafrel sempoi membalas pertanyaan mengenai anak lelaki kepada peminat-peminatnya dimana dia tinggalkan komen positif sehinggakan sikapnya itu dipuji ramai. “Maaf Aeril, jarang sekali nampak Aeril bersama anak lelaki bertiktok, bergurau or bermain-main ya. Maaf ya”

“Ooo patutlah. Nak tahu juga, terima kasih sudi bagitahu. Memang ada anak-anak payah nak ajak depan kamera ni”

Sumber :http://www.terengganutv.bbn.my/

Buat hal betul pesakit covid 19 di Maeps. Sampai ada yang dah dapat kebenaran balik tapi tak mahu balik.

PANAS, aircond terlampau sejuk, bersesak-sesak – ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dalam negara. Namun Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.

“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular. Nazirul yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan

Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.

“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap. “Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Antara makanan yang dihidangkan di Pusat Kuarantin Maeps. Tambah Nazirul pesakit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.

Pesakit covid-19 yang beragama islam berpeluang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan adanya rakan-rakan pesakit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengrbnkan hampir 3,000 nywa di Malaysia.

Nazirul (kiri sekali) bersama rakan-rakan yang barunya di Pusat Kuarantin Maeps

“Semuanya bergantung kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan sakit, maka automatik kita akan sakit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada demam, sakit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa sakit tu, ” katanya yang berkerja sebagai ‘content creator’.

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited. “Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang.

Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada hari ini (Rabu).

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.