Catatkan kes positif covid 19 tertinggi semalam. Terkejut sekali ini yang terjadi pada laman fb Dr Noor Hisham buat ramai yang terkedu.

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838. Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.

Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes.

Berikut reaksi warganet yang tinggalkan pelbagai komen

Kes positif Covid-19 boleh mencecah hingga 30,000 orang – Pakar Virologi

Kuala Lumpur: Peningkatan kes harian Covid-19 dan jumlah kematian ketika ini menggambarkan situasi sebenar pandemik itu di negara ini. Pakar Virologi Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, jumlah individu positif Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan dan mungkin boleh mencecah sehingga 30,000 orang.

“Sebenarnya, jumlah jangkitan dalam komuniti adalah lebih tinggi iaitu purata antara tiga hingga empat kali ganda daripada kadar kes semasa ketika ini. “Maknanya, kes positif masih banyak di luar sana yang tidak dilaporkan, sama ada daripada mereka yang tiada gejala atau tidak pergi buat ujian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan juga tidak berkesan mengawal penularan dan menurunkan kes kerana masih berlakunya pergerakan. “PKP yang dilakukan agak longgar kerana membenarkan pergerakan contohnya ke tempat kerja. Virus ini akan menular selagi manusia bergerak.

“Penularan jangkitan adalah mengikut jaringan sosial iaitu seorang individu dijangkiti ke tempat kerja dan pulang ke rumah bersama ahli keluarga. Ahli keluarga pula ke tempat kerja masing-masing dan menjangkiti rakan sekerja,” katanya.

Justeru, katanya, majikan perlu bertanggungjawab menyediakan prasarana selamat di tempat kerja antaranya sistem pengudaraan yang baik, penjarakan fizikal dan mewajibkan saringan kepada kakitangan.

Selain itu, Dr Sazaly berkata, adalah lebih baik jika ujian saringan menggunakan RTK Antigen (RTK-Ag) dilakukan secara menyeluruh melalui pembabitan klinik swasta dan farmasi seluruh negara.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini hanya melaksanakan saringan bersasar iaitu menumpukan kepada kawasan berlaku jangkitan dan kontak rapat kes positif. Beliau berkata, langkah mendemokrasikan pengesanan itu akan membantu mengesan lebih ramai individu yang dijangkiti Covid-19 dan mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

Menurutnya, pemberian vaksin juga perlu dipercepatkan kepada semua rakyat di negara ini terutama golongan berusia 50 tahun ke atas. Semalam, kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 kembali menunjukkan trend peningkatan apabila merekodkan 1.09 berbanding 1.07 pada hari sebelumnya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang tak puas hati bila hampir 256 pekerja kilang Ayer Keroh disahkan positif covid 19. Rupanya ini punca buat ramai yang terkedu.

 

Kes Covid-19 membabitkan sektor perindustrian masih belum reda dan terbaru seramai 256 pekerja di lima buah kilang di Ayer Keroh Melaka disahkan positif. Difahamkan, jumlah itu membabitkan lima kluster di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) negeri, Ramli Mohd. Ali, daripada jumlah tersebut, seramai 180 adalah pekerja warga asing. Jelasnya, susulan itu keseluruhan lapan buah kilang terlibat telah diarahkan ditutup selama 14 hari bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Sehingga kini seramai 256 pekerja kilang di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh ini didapati positif Covid-19 selepas tercetusnya kluster baharu di kawasan itu pada Mei lalu. “Seramai 180 daripada merupakan pekerja warga asing, manakala baki adalah penduduk tempatan,” katanya menerusi laporan Kosmo Online, semalam.

Tambahnya, kesemua semua pekerja yang positif telah menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) swasta yang ditetapkan. Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang bengang dengan isu berkenaan kerana syarikat masih enggan menghentikan

operasi buat sementara waktu. “Lagi kes kilang, sekali kena ratus-ratus” “Tak tahu nak cakap apa, sekali kena terus 256 weh” “Apa nak jadi kalau macam ni, bila nak ke fasa 2,” tulis beberapa warganet.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.