Bayang pun masih tak ada. Fendy Caliph Buskers masih tunggu janji akan diberi rumah PPR.

Selepas hampir sebulan, pemain dram kumpulan Caliph Buskers Fendy Adlun masih menanti perkembangan mengenai status permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ingin dimilikinya. Pemain dram berusia 30 tahun itu sebelum ini menarik perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun selepas menghadapi masalah kewangan bagi membayar rumah sewa.

Menurut laporan Harian Metro, Rina yang melawat di kediamannya di Sentul pada 10 Julai lalu telah berjanji bahawa pihak mereka akan menguruskan permohonan rumah itu secepat mungkin. “‘Bayangan’ rumah yang memang saya harapkan sangat tidak tahu lagi statusnya macam mana. Ikutkan saya, sudah isi segala borang dengan maklumat lengkap diperlukan. Cuma, surat akuan sumpah mengatakan saya kerja sendiri tidak dapat disertakan kerana tiada pejabat pesuruhjaya sumpah dibuka sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dia yang juga orang kurang upaya penglihatan berkata, pihak DBKL ada menghubunginya beberapa kali namun tiada individu yang boleh dirujuk menyebabkan proses tersebut menjadi tergendala. Malah, dia juga masih belum mendapat sebarang jawapan walaupun telah memohon bantuan seperti Elaun Pekerja Cac4t dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.

“Sekarang ini, saya hanya mengharapkan untuk dapat rumah mampu milik itu sahaja. Ini kerana, bayaran sewa bulanannya tidak tinggi dan jika ada lebihan pendapatan boleh saya buat simpanan masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, Fendy menyara anak perempuannya Nur Azalea Zafirah yang juga cac4t penglihatan dan autism3 mengadakan persembahan ‘busking’ menerusi Facebook page bagi memohon sumbangan selepas pendapatan terjejas akibat Covid-19. Sumber: Harian Metro

Tular boleh pula glandangan dikompaun RM2k hanya sebabkan ini. Sekali ini respon warganet.

Sejak penularan pandemik C0VID-19, pihak kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara melaksanakan prosedur op3rasi standard (S0P) untuk membendung C0VID-19. Antara tindakan yang dikenakan adalah k0mpaun bagi individu yang gagal mematuhi S0P yang telah ditetapkan.

Nak dijadikan cerita baru2 ini, kec0h di media sosial apabila seorang pengguna Twitter elfucir memuat naik sebuah video memaparkan golongan gelandangan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana tidak memakai pelitup muka di t3mpat tidur mereka.

“Saman gelandangan RM2,000, mereka nak bayar pakai apa?”

Namun apa yang lebih mengejutkan adalah, ada segelintir mereka yang dikompaun tetapi tidak mempunyai wang untuk membeli tilam dan hanya menggunakan kotak untuk tidur. Berikutan itu, warganet memberi reaksi terkejut terhadap perkongsian berkenaan dan tidak bersetuju dengan kompaun yang dikenakan terhadap mereka. Warganet menganggap tindakan itu tidak patut dilakukan dan jika golongan itu boleh menjelaskan kompaun sebanyak RM2,000, sudah tentu mereka tidak akan menjadi gelandangan.

Difahamkan lokasi kejadian ini berlaku di Pudu, Kuala Lumpur di mana tempat tersebut sememangnya kerap menjadi pilihan gelandangan untuk tidur secara beramai-ramai. Sumber : Detikkiniviral.net

Disebabkan terlalu ramai yang beratur untuk minta bantuan pada pejabat Syed Saddiq. Sekali polis tampil arahkan begini pula dan ini respon Syed Saddiq.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa apabila pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup bermula esok oleh pihak polis berikutan jumlah kehadiran penduduk yang terlalu ramai. Menurut Syed Saddiq, penutupan itu berlaku berikutan jumlah orang ramai yang beratur di luar pejabatnya untuk mendapatkan bantuan bekalan keperluan harian yang tidak boleh dikawal.

“Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat. Sejak dua hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar. Biasanya ada dalam 150 lebih keluarga datang setiap hari. Tapi sejak dua hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu. Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya,” tulisnya di ruangan media sosial.

Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat. Saya tak boleh halang orang susah & lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya.Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!!

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, dia meminta untuk pihak polis tidak mengeluarkan kompuan ke atas keluarga yang bersusah payah datang beratur di luar pejabatnya untuk memohon bantuan.

“Kalau nak kompaun, kompaun saya. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Jangan tambah beban rakyat Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka,” ujarnya lagi. Sementara itu di laman Twitter, penutupan itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya kecewa dengan keputusan tersebut. Malah, ramai yang turut memberikan cadangan untuk penambaikan sistem dan lokasi agar dapat menampung jumlah hadirin yang datang.

“Cadangan, boleh gunakan khidmat Grabrider dan Grabdriver untuk bantu menghantar bekalan kepada Rakyat. Kalau Grabdriver banyaklah sikit boleh bawak sebab pakai kereta,” komen seorang wargamaya. “Saya cadangkan, YB gunakan sistem nombor. Beri nombor giliran, masa dan tarikh pemohon itu untuk datang collect. Lebih baik secara drive thru,” cadang seorang wargamaya.

“Bagi solusi untuk sesuatu tindakan etc sediakan dewan untuk pemohon. Kesian pada mereka yang datang untuk memohon bantuan,” kata seorang wargamaya. “Cadangan : pandu lalu, banyakkan pusat pemberian, hire orang untuk buat agihan e.g Grabcar @ teksi,” ujar seorang wargamaya.

“YB agihkan kepada ketua kampung lebih efektif. People no need to queue at your office. Ketua kampung kumpulkan maklumat people in need. Your team agihkan bekalan ke ketua kampung. Bukankah lebih efisien dari berpusat mcm ni?” tulis seorang wargamaya.

“Minta jasa baik Dato’ @Hasni_Johor untuk berbincang dengan polis Muar agar kejadian ini boleh diselesaikan dengan baik. Keadaan ekonomi rakyat yang susah harus diberi keutamaan juga,” komen seorang wargamaya lagi. Pada Isnin, Syed Saddiq mengumumkan pemberian bantuan food bank kepada hampir 5,000 keluarga di Muar dengan peruntukan sebanyak RM300,000. Sumber : Gempak

Ngo sendiri terkejut bila ada orang susah minta bantuan yang pelik. Siap ada yang merayu supaya jadi bapa angkat kepada enam anak.

Kuala Lumpur: Dirayu supaya menjadi bapa angkat kepada enam anak, antara permintaan luar konteks yang diterima badan bukan kerajaan (NGO) ketika menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas akibat pandemik covid-19.

Selain itu, ada pemohon yang meminta vitamin, daging itik salai dan peti sejuk tambahan, yang mana barangan itu dirasakan tidak ‘sesuai’, lalu tidak tidak dipertimbangkan. Pengerusi Intelek Muda Nasional (Intelek), Mohammad Fadly Mohd Zain berkata, dia menerima ‘tawaran’ untuk menjadi bapa angkat kepada enam beradik di Pulau Pinang selepas memeriksa permohonan golongan memerlukan, hari ini.

Katanya, permohonan itu dibuat ibu tunggal yang memberi alasan, sebagai pengerusi NGO, beliau berkemampuan untuk menyara semua anaknya. “Terkejut saya membaca profil kes yang dihantar pagi tadi. Pemohon mengatakan dia mengetahui Intelek banyak membantu masyarakat di dalam kesusahan dan dakwanya, anak-anaknya kurang kasih sayang dan perlukan perhatian seorang bapa.

“Ini antara permohonan pelik yang saya terima, walaupun sudah dinyatakan kami hanya menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan (juga barangan keperluan), masih ada yang meminta yang bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, Mohammad Fadly berkata, Intelek juga menerima permohonan untuk peti sejuk tambahan, dan siasatan dibuat mendapati peti sejuk yang berada di rumah pemohon masih lagi elok. “Dalam kes ini, kami terpaksa bagi keutamaan kepada mereka yang betul-betul memerlukan terlebih dahulu kerana ramai lagi yang benar-benar susah,” katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang berkata, antara permintaan pemohon yang terpaksa diabaikan adalah bantuan daging itik salai dan vitamin. Menurutnya, siasatan dibuat mendapati itik salai itu dimohon wanita 30-an yang sedang mengandung kerana mengidam dan ia tidak dapat dipenuhi suaminya disebabkan kehilangan kerja ketika PKP.

“Saya tahu dia mengandung tetapi kami hanya ada bekalan makanan asas untuk diagihkan. Jadi sukar memenuhi kemahuannya. “Sama juga yang meminta vitamin, kita tidak dapat penuhi. Sebelum PKP, individu itu mengambil pelbagai jenis makanan tambahan dan vitamin serta berharap kita dapat beri bekalan,” katanya.

Kuan berkata, di sebalik permintaan ‘istimewa’ sebegitu, beliau akan terus membantu orang memerlukan seikhlas mungkin dan memberi bantuan makanan agar tiada yang kelaparan. Beliau juga menjangkakan program bantuan itu akan berlangsung lama susulan arahan PKP yang dikenakan, malah setakat ini sudah menyalur 600 pek makanan kepada mereka yang terjejas.

Berikut reaksi warganet

“Org yg benar2 susah tidak akan meminta benda yg pelik2. Dapat makan nasi dgn telur dan sardin pun dah rasa sgt sedap dan bersyukur sgt2. Hanya org yg pernah ada pengalaman hidup susah faham perasaan itu.”

“Kat rumah aku entah berapa kali dpt sardin ,susu manis, tepung ,gula..beras entah berapa kg kampit tu byk lg..yg selalu kena beli sayur dan lauk..ank dua org, isteri masak ringkas je, jimat kan mn blh, x yah byk komplen ape org bg..hr ni dpt telur, esok bt lah lauk telur.. masing-masing cuba lwn keinginan nk mkn sedap2..tgk KFC pun cakap je nk mkn tu..tp hakikatnya skrg hidup takat mn yg blh”

“Pada peringkat awal aku x bersetuju dgn sesetengah pihak yg bgtau jgn terlalu mudah meminta-minta dan angkat bendera putih..baru paham..rupa2nya ada yg salah guna utk kepentingan diri sendiri…sehinggakan pihak berwajib xdpt menolong mereka yg memerlukan dgn sepatutnya…pihak berwajib pun kdg kala sukar nk pastikan kesahihan mereka yg memerlukan akhirnya bantuan tersebut sampai kpd org yg salah…” Sumber : trendingsangat.pw