Mengikut sunnah Rasulullah SAW Fitri Haris khatan bayi usia 2 bulan membuatkan ramai pula terkejut.

KETIKA tidak ramai ibu bapa yang sanggup khatankan anak lelaki mereka ketika masih bayi, penyanyi Dr Fitri Haris mengambil pendekatan berbeza apabila mengkhatan si kecilnya pada usia lebih dua bulan.Menurut Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 36, selain mengikut sunah Rasulullah SAW, dia dan isteri tidak mahu terlepas momen berkenaan sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka.

“Sejujurnya terfikir umur dah nak dekat 40 tahun… saya tengok ramai kawan-kawan seusia dah pergi menghadap ilahi.

“Jadi saya dan isteri buat keputusan selagi ada masa lebih baik terus buat walaupun baru khatan, takut tak sempat.

“Kiranya kami tak nak terlepas tengok momen anak berkhatan. Saya dan isteri asyik fikir fasal kehilangan nyawa je. Cuma tak boleh nak kahwinkan sekarang je,” katanya kepada mStar.

Pada Sabtu Fitri berkongsi video proses mengkhatannya anaknya, Bilal Habibi yang dilahirkan pada 28 Jun lalu di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Perkongsian Fitri menarik perhatian pengikutnya yang turut ingin mengetahui lebih lanjut tentang proses mengkhatan anak lelaki ketika masih bayi berbanding amalan biasa pada usia sekitar tujuh tahun.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya itu, Fitri berkata ibu bapa tidak seharusnya risau kerana ia adalah selamat jika memenuhi syarat.

“Yang bagus tentang khatan awal ni, pertama sekali dia mudah sembuh. Kira-kira 24 jam dah boleh sembuh berbanding dengan budak-budak yang khatan tujuh hingga lapan tahun.

“Mungkin disebabkan pemakanan, sebab bayi yang baru lahir ni dia punya antibodi tak sama. Baby minum susu yang kita tahu ada banyak khasiatnya.

“Jadi tak ada istilah nak bernanah ke, pantang makan ke… sebab dia minum je. Jadi banyak kelebihan kita boleh dapat kalau khatan awal ni,” ujarnya.

Tambah Fitri lagi, pada mulanya dia sudah berhasrat untuk mengkhatannya anak lebih awal namun terpaksa ditunda sehingga usia mencecah dua bulan.

“Masa mula lahir tu dah nak khatankan tapi waktu tu ukur lilit belum cukup besar sebab dia pun lahir pramatang.

“Jadi masa tu tak boleh lagi, doktor cadangkan usia sebulan lebih atau dua bula.

“Prosesnya pun senang. Doktor guna bius macam biasa. Ibu bapa ada pilihan sama ada nak khatankan guna laser atau ring. Saya buat pilihan guna laser seperti khatankan budak-budak biasa,” katanya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Mstar

Salahkah saya pergi doakan anak dia?” – UAI buka mulut

SELEPAS kehadiran di majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pertikaian netizen, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kedatangannya adalah bagi memenuhi undangan daripada sahabat baik iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Menurut Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, dia tidak melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri, sebaliknya berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja sehari sebelum majlis itu diadakan.

Tambah UAI, dia menetap di kediaman mentuanya yang terletak berhampiran dengan rumah penyanyi kesayangan ramai itu.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter @_rezarazali_, UAI berkata dia menghadiri majlis tersebut selepas selesai mengerjakan solat tarawih pada Isnin lalu.

“Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu.

Selain UAI, Siti dan suami turut mengundang Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

“Sebelum ini dah tiga kali dia ajak saya datang rumah dia… sebab masa saya sakit hari itu dia datang melawat saya selama dua jam.

“Jadi, kali ini saya balas balik (jemputan). Salahkah saya pergi ke majlis yang kawan jemput untuk doakan anak dia?” katanya.

Nama UAI menjadi perhatian netizen selepas dia didakwa merentas negeri memandangkan ramai sedia maklum ustaz tersebut menetap di Terengganu.

Saya pergi atas undangan daripada Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa), kami memang bersahabat baik sejak tiga tahun lalu.

“Rumah mentua saya dekat dengan rumah Datuk K, saya pergi pun selepas selesai solat tarawih dan tengok masih ada jemputan lain lagi (pada ketika itu).

“Bukan saya nak pergi sangat tapi sebab dah kawan menjemput,” ujarnya lagi.

Menerusi pemerhatian mStar juga, sehari sebelum majlis tahnik itu berlangsung, UIA terlibat dalam satu program Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Setapak, Kuala Lumpur.

Kuliah agama yang dihadiri UAI sehari sebelum majlis tahnik diadakan.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Siti melalui kenyataan medianya mengatakan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku melibatkan kesemua jemputan pada majlis tersebut.

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya.

Selain UAI, majlis tahnik anak lelaki Siti, Muhammad Afwa itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: